NAMPAK BLOG KUPU EMAS INGAT LAH BUSYRA TAKIYUDIN - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, January 12, 2017

NAMPAK BLOG KUPU EMAS INGAT LAH BUSYRA TAKIYUDIN

Hai semuaaaa..


sebenarnya dah lama terfikir nak kenalkan blog dengan nama samaran sebab nama sendiri susah untuk dieja dan di ingati.. mungkin bagi orang yang dah lama kenal aku mungkin mudah dan senang nak ingat. tapi aku sendiri fikir yang kalau aku baru kenal dengan orang then dia tanya blog awak nama apa ye? dah sudahhhh.. aku nak kena sebut panjang2 dengan busyratakiyudin.com.. korang rasa masa tu dia ingat ke? haha.. mesti macam eh ejaan nya macam mana.. dah terlupa.. sebenarnya benda ni dah lama aku fikir dan hadam sedalam2nya.

mungkin bulan depan nak tukar domain dengan nama baru. so, mulai sekarang bila korang ingat blog Busyra Takiyudin ingatlah Kupu Emas ye. :) ..alang2 blog busyra takiyudin ni belum lagi sampai ke peringkat international, boleh lah aku tukar dulu. hahahaha... serius kau perasan busyra!! eh biarlah.. aku pun ada impian dalam dunia blog. salah ke nak berangan.. hehe.. tapi sebelum aku teruskan nak tukar domain ni kan, aku nak tanya pendapat korang.. okay ke haaa aku nak tukar? yaa.. aku tau yang memang kalau tukar domain.. blog kita nanti akan merudum jatuh disebabkan domain baru.. hmm. tapi tu la bak kata orang kedah, ketegaqqqq... hehe 


sila komen pendapat di bawah ye.. komen korang sangat membantu aku.. thanks!

16 comments:

  1. ok je kot busyra. tapi nanti kena point domain lama ke domain baru la. means if orang buka busyratakiyudin.com, akan di direct ke domain kupu emas yang baru tu :)

    ReplyDelete
  2. Hihihi wahh nama baru. mana dapat idea tu busyra. Mai suka je nama busyra ni, unik dan commercial gituuu. Bukan busyra dh pakai domain sndiri ke skrg?

    ReplyDelete
  3. Wahhhh kupu emasss gituww~ tapi saya senang je nak ingat nama awak. unik mungkin. busyra takiyudin. Tapi kupu emas pun suka juga hehe.

    Yang pasal domain tu, alaaa tukaq jaaaa. Kalau merundum jatuh pun, pada awal2 permulaan je. Nanti lepas dah tukar domain, bila kita konsisten update entri+apply teknik SEO, naik balik trafik blog hehe. Fighting!

    ReplyDelete
  4. ada value nama tu. hehehe..sedap juga dengar..kupu emas..tukar-tukar..:)

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  5. Ya memang mudah di cari kalau kupu dan emas di google.jadi senang naik lah (^_^)

    ReplyDelete
  6. Kalau siqah, kekalkan nama domain sekarang. Siqah lagi prefer nama sebagai domain nanye. cuma betullah cakap busyra. Nama busyratakiyudin susah nak eja nanye. Tersalah eja dah ke lain jadinya. Hihi.

    Kalau nak senang sebut dan eja, kupu emas jawapannya :)

    ReplyDelete
  7. unik la nama blog busyratakiyudin.com nie. :D
    takpasti pulak pasal blog merudum jatuh tu.

    ReplyDelete
  8. sedap nama baru kupu emas.. senang nak ingat.. hehe :)

    ReplyDelete
  9. elok la kut tukar..sebab bukan je susah eja..nak sebut pun susah hehe
    okay noted. hi kupu emas..ramaramapendek singgah sini :))

    ReplyDelete
  10. emmm .. suka nama busyratakiyudin sebab dah nampak ada value dekat situ, kalau tukar ke kupu emas akan ambil masa balik untuk naikkan nama, tapi rasanya kalau busyra ok takpe je :D lagipun busyra selalu update blog, jadi tak susah nak naik balik .. heheh panjang pulak ngomen

    ReplyDelete
  11. Busyra khabar gembira. Suka dan sedap nama nie. Sama nama dgn kawan sis. Takdelah susah dan pjg mana pun nama busyratakiyudin nie. Papepun good luck ye awak :)

    ReplyDelete
  12. mahalnyaa nama kupu emas.. ..dah macam cerita pari-pari pulak hihi.. tak kisahlah busyra asalkan busyra selesa..

    ReplyDelete
  13. kupu emas memang senang nak ingat... :)

    ReplyDelete
  14. Tak tahu sangat pasal domain ni. 😅
    Tp nama kupu emas tu unik jugak

    ReplyDelete
  15. yeahh comel nama tu.. Kupu Emas... Tapi akak akan ingat sokmo busyra.. ;)

    ReplyDelete
  16. Kalau akak.. akak suka lagi Busyra.. lagi best..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved