RESEPI NASI GORENG CILI KERING

Hai Assalamualaikum..


malam ni terasa nak makan nasi goreng. selalunya aku memang akan buat nasi goreng cili padi. tapi harini tekak terasa nak makan nasi goreng letak cili kering pulak. nasib baik la tekak ni tak mintak bukan2. hahaha. mengalahkan orang mengidam.. aku ni memang penggemar nasi goreng. tambah2 nasi goreng kerabu suka sangat order dekat kedai. nak buat dekat rumah tak tau pulak caranya nak bagi sedap. okay2, dah melalut dah ni. bagi yang belum pernah cuba nanti follow cara aku buat ni. gerenti nanti repeat buat lagi. :p ..perasan! bahan2 yang sangat mudah. semua ada dekat rumah... korang jenis yang suka makan masakan yang ada cili kering? kalau suka meh baca resepi aku dekat bawah ni..

Bahan-bahan:

1. Isi ayam potong kecil
2. 2 biji telur
3. kacang sirih (letak la apa2 sayur yang korang suka)
4. 4 tangkal cili kering
5. 4 biji bawang putih
6. perencah nasi goreng kampung


Cara-caranya:

1. Masukkan minyak dan goreng telur terlebih dahulu (buat cara scrambled egg) dan ketepikan
2. Goreng isi ayam dan ketepikan
3. Tumbuk cili kering dan bawang putih, then tumis (guna kuali yang sama saja)
4. Masukkan sedikit saja air (supaya tumisan tadi tak terlalu kering)
5. Masukkan isi ayam dan telur yang telah digoreng tadi
6. Masukkan nasi
7. Seterusnya masukkan kacang sirih (sengaja masukkan last2 sebab tak nak sayur terlalu layu)
8. Taburkan sedikit perencah nasi goreng kampung. 
9. Kacau biar rata dan boleh angkat! siap untuk di makan 


Bagi yang belum cuba, boleh lah try ye. Selamat mencuba!

Post a Comment

6 Comments

  1. Halamak,sedapnyaaa tengok nasi goreng awaaaa memalam buta ni, hahaha. Mai penggila cabai kering, kadang2 goreng bagi rangup pastu makan ngan teloq goreng, nasi panas2. hahaha. simple je selera tekak ni :P

    ReplyDelete
  2. Ju da sarapan tadi tp tgk nasi goreng ni rasa lapar pun ada balik =D

    ReplyDelete
  3. Dulu mak cikla selalu buat... mmg sedap.. Alamak dh teringin pulak ... tolongggg...

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya. Tgh lapar nie. 😅

    ReplyDelete
  5. Siqah pengemar tegar nasi goreng. Hihi. Paling mudah nak masak dan paling selalu masak kalau sorang kat rumah. Hihi. Yang penting nasi goreng tak diletak kicap. Tak suka :D

    ReplyDelete
  6. Tk pernah lg mkn nasi goreng cam ni. Inovatif :)

    ReplyDelete