FAME COSMETICS - SOFT MATTE LIP CREAM NUDE COLOUR MEMANG MENAWAN! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, February 25, 2017

FAME COSMETICS - SOFT MATTE LIP CREAM NUDE COLOUR MEMANG MENAWAN!

Hai..


pagi tadi aku jejak kaki ke Mood Republik yang diadakan di TH Hotel, Kepala Batas, Kedah.. memang masa pembukaan rasmi tu, orang ramai gila. but then, bila dah makin lama, makin sikit. tak tau la time petang nak ke malam pulak kan. sebab aku pergi pagi.. memang nak ke sana, target utama nak beli fame soft matte lip cream! dah lama berkenan, cuma tunggu masa ja nak beli.. sebab kalau beli by hand lagi murah dari nak pos bagai.. siapa dekat sini pernah cuba fame matte lip cream? aku first time nak cuba sebab before ni pakai nyx soft matte lip.. memang teruja gila time pakai. nak cakap kering tak kering sangat. nak cakap lembap tak lembap sangat. sedang-sedang ja.. before beli fame soft matte lip ni memang aku selalu usha instagram dorang.. tengok warna apa yang cantik dan terpaut di hati. hehe..  


memang dari dulu sampai sekarang aku tak suka pakai warna selain nude.. sebab bila aku try pakai warna terang, rasa pelik sangat muka aku. haha. so, better pilih yang soft-soft saja.. fame soft matte lip ni dulu ada 5 warna saja, tapi sekarang semakin laris permintaan, sampaikan dah ada 9 warna.. semuanya gorgeous! cod warna untuk nude ni adalah 002


ini lah warnanya. seakan warna kulit.. bila apply dekat bibir nampak sweet gitueww.. hehe.. packaging dia pun nampak exclusive sangat! before ni, bagi sesiapa yang pernah beli masa first fame soft matte lip ni dilancarkan, packagingnya lain.. sekarang dah lain. lawa!


belanja sikit gambar model tak berbayar. haha. itu lah warna favorite aku yang aku beli di mood republik pagi tadi.. sangat-sangat jatuh cinta dengan warna dia.. best pakai, tak melekit. aku bagi 4.5/5 markah! memang superb! ada before ni, aku pernah cuba matte lip juga, bibir kering gila.. memang dah namanya matte kan. sebab tu aku kalau nak beli selalu survey habis-habis dulu. tapi fame soft matte lip ni, aku tak menyesal beli.. <3

harga aku beli ni adalah RM25 saja.. tapi kalau harga asal RM29. then di campur pulak kalau korang pos. jadinya RM36.. jimat banyak kan? so, korang yang duduk di kedah, boleh la pergi harini ke mood republik, last harini tau! pukul 10 pagi sampai 12 malam. pergi beli sendiri dekat booth fame cosmetics!

ni adalah jenis warna fame soft matte lip! cantik-cantik kan warna dia? gambar ni aku ambil dalam instagram fame cosmetics.. nak share dengan korang, biar korang tergoda. hehe :p ..tadi aku try semua warna di booth fame cosmetics.. kalau yang suka warna terang, warna wild tu cantik!.. if nak campur warna pun boleh dekat bibir korang tu.. ambil la 2 warna yang korang suka then match kan..  

nak tau tak barang apa lagi aku shopping di Mood Republik tadi? tunggu di entri seterusnya ye.. nanti aku share dengan korang. story-story sikit. 


FAME COSMETICS

16 comments:

  1. Takut nak pakai Matte sebab tak pernah sesuai dengan kulit :(

    ReplyDelete
  2. Kak ana tak pernah pergi lagi Mood republic tu. Selalu time puasa akan ada dekat PWTc. Tp nk pergi tu berpikir byk kali sebab boleh bygkan crowded dia macam mana. Huhu

    ReplyDelete
  3. dah lama jugak tengok lip mate fame niih .. lawaaa gilaa color color dia.

    ReplyDelete
  4. Affordable jugak harga dia, boleh try satu lah lepas ni. Warna pun cantik cantik

    ReplyDelete
  5. cantik warna dia sesuai dengan dengan awak :)

    ReplyDelete
  6. cantiklah warna nude tu 😍 sesuai dgn Busyra 😄

    ReplyDelete
  7. ouchhh seksi nya bibir dia. hehhe

    ReplyDelete
  8. cantiknya. airah pun tunggu masa nak beli je

    ReplyDelete
  9. Tangan sapa lah kena conteng tu... :-) tapi warna kat bibir tu memang sesuai ngan muka...

    ReplyDelete
  10. Kulit busyra putih, sesuai dengan nude & pink, kalau mai susah sikit, kulit koko gitu, hahaha. Suka desire, wild & rusty tu...

    Dah banyak kali tengok iklan produk ni kat sponsored Instagram, tapi tak tergerak nak beli. Sebab duk selesa dengan Keknis punya shadedough. dengan harga produk ni yg affordable maybe bolehlah try ubah selera nanti.

    Lipstick ni kalau dh biasa dgn yg berkualiti, baru sedar yg tiruan tu semua mmg karut. Bau kimia kuat dan mulut jadi pecah2. #truestory

    ReplyDelete
  11. cantik2 warnanya. teringin nak beli tapi tak terpakai nanti XD

    ReplyDelete
  12. PERGI JUGA MOOD REPUBLIK.. tp sempat grab nak patah balik sesak..fame dah terlepas :(

    ReplyDelete
  13. tuari dah usha jugak..tapi risau tak kena dengan kulit je ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Akak suka sangat dengan matte lipstick! Nak cuba beli yang ni juga lah. Sekarang akak suka pakai Nita Cosmetics :)

    ReplyDelete
  15. Ala.. Geram pula nengok warna2nya tu..
    Tapi dah lama tak pakai..

    ReplyDelete
  16. alaaa nak jugakk.. tapi nak kena pos2 huhu

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved