NUTELLA CUPCAKES HANYA GUNA 3 BAHAN! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, February 15, 2017

NUTELLA CUPCAKES HANYA GUNA 3 BAHAN!

Hai..


petang tadi nampak nutella dekat atas meja and still banyak lagi, maklum la selalunya adik aku yang selalu habiskan nutella tu.. tapi ni dia dah balik ke politeknik dia, so tak da siapa la nak makan sangat. tinggal aku dengan mak dan ayah ja.. siapa lagi nak makan kan, mak dan ayah lagi la tak sentuh langsung. haha.. terus terlintas nak buat nutella cupcakes, sebab bahan-bahannya semua dah ada dekat rumah.. eh senang sangat ke nak buat ni? memang senang sangat! yang lelaki pun boleh buat, kacau-kacau sikit terus bakar! tengok tajuk pun dah cakap kannn, hanya guna 3 bahan saja.. tapi tadi terpaksa jugak keluar sebab nak beli bekas cupcakes tu.. so, jom meh tengok cara-cara buat nutella cupcakes!


Bahan-bahan:

1. 1/2 cwn nutella
2. 2 biji telur *abaikan dalam gambar sebab ambil gambar sebiji saja
3. 5 sudu besar tepung gandum
4. Topping *tak nak letak pun okay ja

(Adunan ni akan dapat 20-25 cupcakes)

Cara-caranya:

1. Pukul/kacau nutella dan telur hingga sebati. guna garfu/sudu pun bolehhh.. adunan ni tak perlu nak jadikan ia gebu pun..


2. Bila dah sebati, masukkan tepung, then kacau lagi.. tak perlu baking powder ye..



3. Masukkan satu-satu dalam cups.. jangan terlalu penuh dan jangan terlaku kurang, agak-agak ja k.. then, taburkan topping apa yang korang suka. macam aku letak cips coklat dengan hirisan badam.. 

4. Bakar pada suhu 160℃ selama 20 minit.. depend pada oven korang ye.. adjust dan selalu tengok-tengok apa jadi pada cupcakes korang masa dalam oven tu. takut jugak keluar nanti hangus.. and time bakar tu wangi diaaaa, fuh.. macam nak makan oven! haha.. :p


siap letak dalam balang/bekas! time lapar masa blogging boleh terus ngap! hehe.. apa rasa dia? rasa dia macam brownies! tak percaya? try la buat. ni bukan macam kek ye, kalau kek gebu gitueww.. tapi nutella cupcakes ni dah pasti la rasa nutella dan keras-keras macam brownies.. sedap!


zoom sikit! cupcakes aku jadi kembang sikit.. sebab aku tak ada loyang yang boleh masukkan satu-satu cupcakes tu. sebab tu dia mengembang ke tepi.. ampunn! kalau tengok tak lawa.. hehe. My first try!

korang tunggu apa lagi. cepat pergi buat! hehe. bai!

24 comments:

  1. Hahaha comel pe kembang2, mana dapat idea ni, ada ja kan busyra ni, jeles betoi la skill memasak ni.

    ReplyDelete
  2. Busyra,

    Nampak menarik cupcakes hasil tangan Busyra. Next time boleh cuba buat.
    Thanks for sharing dear..

    ReplyDelete
  3. Sally pernah baca resepi ni...tapi sayang nak guna Nutella byk sbb mahal..kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Simple je cara buat dia. Kak ana nk try gak lah 😘

    ReplyDelete
  5. akak pun nak buatlah lepas ni, tergoda tengok busyra punya cupcakes tu.

    ReplyDelete
  6. doa-doa kan kak e'in please biar rajin buat cupcakes nutella yang senang gile nie..

    ReplyDelete
  7. mudah ny !!! tp ju xda oven nak try huhuhu

    ReplyDelete
  8. Terbaik resepi!
    Saya kalau nak buat, kena double kan resepi nih kot. Biar dapat makan banyak sikit. Hihi

    ReplyDelete
  9. pernah baca gak..dlm FB.. dah save dah, tapi lum try jer lagi.. best ek? kena try ni...

    ReplyDelete
  10. ya Allah sedap nye.. tapi !!! ini punca la nih.. punca tembs.. hee~ nanti boleh try.. buat bekal anak akak g sekolah..

    ReplyDelete
  11. kenapa senang sangat ni? hahaha boleh buat sendiri juga ni nampaknya.

    ReplyDelete
  12. wahhhh . sedapnye .. thks untuk resipi tu . huhuhu

    aril singgah ye

    ReplyDelete
  13. Comel je cupcakes nie.. Nak try, takda oven... Nak buat kat hometown, mak tak makan nutella...Q_Q

    ReplyDelete
  14. Mudah dan cepat. Tapi kt umah xde oven. Tak boleh nk wat. Huhu.

    ReplyDelete
  15. Semua boleh ikut kecuali bab bakar dalam oven. Siqah takde oven.. eh ada ada! Haha. Ada oven dalam kotak lagi, dapat hadiah kawen 3 tahun lepas. Entah boleh guna ke tak tu. Hee.

    Nampak senang resepi Busyra ni. Akak save dulu ye :)

    ReplyDelete
  16. sedapnya. resipi pun simple je. :D

    ReplyDelete
  17. sedapnyaaaa. guna nutella wat cupcake. thanks share resepi ini. nampak sgt lazat. :D

    ReplyDelete
  18. senangnya nak buat! Kena tunggu rajin lah ni baru cuba buat. tq busyra :)

    ReplyDelete
  19. Memang senang.. nak kena cuba juga nie..

    ReplyDelete
  20. perghhh sodappnyaaaa cupcakes tu , hmmm sedihnya kakak2 amer dah tak serumah dengan amer mcm dulu. Kalau tak memang suruh dorang je buat. Sekarang dah busy dengan life sendiri... Amer, kalau craving sangat baru bersemenangat nak buat

    P/s amboi tak balas nnaa comments orang kat ataih2 ni. :D

    ReplyDelete
  21. nak try jugalah sebab simple 😍 kalau resepi berbelit, memang lambat sikit nak layan 😄

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved