Resepi Udang Galah Simple

Hai.. 


malam ni tak makan nasi pun and just masak maggi yang mudah dan apa yang ada dekat dapur.. so, dalam entri kali ni aku nak share dengan korang resepi aku sendiri yang aku main campak2 ja. :p ..tapi yang bestnya campak2 ni, yang tu yang sedap! tak percaya? haaa korang try esok masuk dapur dan campak2 ja apa nak masak. confirm sedap! hehe.. memandangkan dalam peti ada udang galah, boleh la letak dalam maggi nanti. selalunya kalau masak maggi aku akan masukkan telur or ayam.. tapi tak tentu jugak, kalau tengah malam time lapar, kadang tu aku bedal ja letak air panas then rendam. haha.. itu paling malas habis! resepi maggi ni aku tak letak cili kisar ke apa ye. abes tu letak apa? haaa meh tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahan:

1. 1 pek maggi kari 
2. 3 ekor udang galah (nak letak benda lain pun boleh, tak ada masalah. janji sedap)
3. 1 biji tomato
4. 1 biji cili padi
5. 3 ulas bawang putih

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali, letak minyak dan tumis bawang putih yang telah di ketuk
2. Masukkan udang galah, goreng sehingga bertukar warna kulit
3. Masukkan air *sebab nak buat maggi kuah
4. Masukkan serbuk perencah maggi dan masukkan tomato yang telah dipotong dadu kecil
5. Biarkan tomato tadi hancur sikit-sikit
6. Masukkan cili padi yang dipotong halus
7. Masukkan maggi yang telah direndam terlebih dahulu (lepas masuk maggi tu terus tutup api, jangan biar lama nanti maggi lembik, sebab tadi dah rendam) **kenapa rendam maggi terlebih dulu? sebab cuba kalau korang rendam then korang basuh dengan air semula, korang akan nampak berminyak2 kan? itu sebenarnya tak bagus.. apa kata rendam dulu then basuh! :)


Siap! bila makan tu terasa rasa manis2 udang tu.. Selamat Mencuba!

**aku bukan pakar masakan tapi aku suka main masak-masak** boleh tengok resepi yang tak seberapa di SINI

Post a Comment

17 Comments

  1. Sedapnya megi udang galah.. Lama pulak tak makan udang galah.. Q_Q

    ReplyDelete
  2. Nampak macam sedap je ni, okay boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  3. Wuihhh. Udang galah tu mengancamnyerrr. :P

    ReplyDelete
  4. simple tapi nikmatnya luar biasa ini dia..maggie..hihi
    betul busyra..kak PC pun kalau rasa nak makan maggi sekali sekala tu..kak PC rendam dulu maggi tu dalam air panas...buang lilinnya...toskan...bila kuah dah menidih..masukkan sekejap je sebab magginya dah masakkan..

    ReplyDelete
  5. yup, setuju. menu campak2 tu la yg sedap 😄

    ReplyDelete
  6. perghh terliur tengok..udang and meggi dua2 feveret..thank you for this menu dear..nanti nak try lah

    ReplyDelete
  7. sedapnyeeee...
    lama xmkn megi ni..

    ReplyDelete
  8. baru ja lepas makan maggie tomyam + udang hehe

    ReplyDelete
  9. wow! udang galah tu yang buat menu ni nampak menarik dan mahal :)

    ReplyDelete
  10. TERLIUR ... yummy yummy :D (datang sini follow dan isi tabung)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Busyra,

    Hurrrmmmmm terliur sis tengok udang melingkar dalam sup maggie..
    Adui terus lapar, nampak pun dah sedap.. Bebila boleh buat..
    Post ni orang tak mengandung pun boleh mengidam tau,hehehehe

    ReplyDelete
  12. ok. nak gi bukak maggi. makan. tuang air panas je sebab dah balik kolej. huhu .

    busyra memang suka masak eehhh ?

    ReplyDelete
  13. Rajinnya buat meggi tumis, hihihi.. Kalau makan udang ni lepas tu nampak dek anak menakan, boleh bikin gaduh, ahahahahaha, semua depa nak bolot.

    ReplyDelete
  14. Nice and simple recipe.thanks for sharing it, I should try it.Sedap Kalo dah udang tuh tak ada tandingan. Btw, I'm blogwalking here

    ReplyDelete
  15. Geram pulak tengok udang galah tu. Maggi kalau tumis dengan bawang semua memang sedap. Confirm tak cukup sepinggan. Kak ana dulu time zaman remaja, asal sahur je mesti ada maggi tumis. Boleh jadi berselera makan. Hehe.

    By the way betul kata Busyra. Kita kena rendam dulu maggi tu lepas tu buang air dia. Sebab banyak lilin dekat situ kan kalau tak silap kak ana 😘😊

    ReplyDelete
  16. Udang itu sangat dasyat... Nak udang je.. boleh tak?? Sedapnya...

    ReplyDelete