RESEPI MEE GORENG BASAH

Hai..


sambil berblogging ni tetiba rasa lapar pulak. hee.. tengok dalam peti ada mee, so, masak la campak-campak.. asalkan ada rasa mee goreng basah.. :p taugeh pun ada dalam peti, sebab mak beli siang tadi masak sayur taugeh.. bagi aku kalau tak ada taugeh tak sodap.. mee goreng basah ni tak boleh buat banyak-banyak sebab rasanya cepat muak dan cepat dahaga air.. lepas makan mee terus melingkar macam ular sawa. haha. kekenyangan! so dalam entri kali ni, aku nak share dengan korang resepi yang kalau korang rasa macam nak tambah 2 pinggan lagi. hahaha.. korang kena cuba! hehe. sangat simple dan semua bahan-bahan yang aku guna ni, semuanya favorite aku, if kalau korang tak suka taugeh ke apa ke, tak payah la letak.. boleh ganti dengan benda lain

Bahan-bahan:

1. udang
2. isi ayam
3. 2 sudu besar cili kering kisar (yang dah diblend dengan bawang merah.. ini mak aku akan buat stok letak dalam peti, senang kan.. boleh guna bila-bila saja nak masak)
4. 1 sudu besar cili sos
5. sedikit kicap
6. taugeh
7. sebelah tomato (di potong dadu)
8. daun sup/bawang (untuk ditabur akhir sekali)
9. 3 ulas bawang putih diketuk
10. mee kuning

Cara-caranya:

1. Letak sedikit minyak dan bawang putih
2. Masukkan ayam dan seterusnya udang, biar sampai agak-agak dah masak
3. Seterusnya masukkan tomato 
3. Masukkan cili kisar, sos,  dan kicap (kalau nak masukkan perasa boleh masukkan sedikit)
4. Masukkan mee dan taugeh (jangan masak lama sangat) dan angkat
5. Taburkan dengan daun sup/bawang


Selamat mencuba! :)

p/s: nak start blogwalking ke blog korang.. tunggu ye.. hehe 

Post a Comment

16 Comments

  1. Ya Allah terliur tengok mee Busyra, even Mai tak berapa makan mee kuning. Arghhhh. Nanak!

    ReplyDelete
  2. Mee goreng basah memang sedap, letak pula telur, milo ais.. tambah lagi kerang dalam tu, aish.... lapar pula perut pagi2 ni...

    ReplyDelete
  3. Ala apeni apeni tengah pagi lagi dah jamu mata dengan makanan. Perut dah siap bagi isyarat lagi 😂

    Busyra, nak tahu tips tak? Hahaha tips la sangat. Cepat dahaga masa makan mee sebab kapur mee kalau tak silap Ira. So, sebelum goreng rendam dulu mee nanti takde lah dahaga incase memang tengah dahaga masa makan. Heee

    Panjang pulak komennya. Sorry 😅

    ReplyDelete
  4. terliur pulak, mee goreng basah memang minat sangat

    ReplyDelete
  5. Telur mata on the top lepas tu perah limau sikit. Sedapnya. Terus lapar tgk mee busyra ni 😘😘😘

    ReplyDelete
  6. Kalau saya, suka buat biar basah lagi and lagi banyak kicap. Haha. Biar mee tu jadi kembang gitu.

    ReplyDelete
  7. Sedap hoiiiii ! Lapa tgk wktu lunch cam niii

    ReplyDelete
  8. Sedaplah....
    Nak jugak ....
    Nnt boleh cuba resepi ni...

    ReplyDelete
  9. boleh laa kak e'in buat malam nie.. rase macam malas plak nak masak berat-berat.. huhu

    ReplyDelete
  10. Simple je cara masak. Boleh try ni

    ReplyDelete
  11. Akak suka mee goreng kering.. hehehe.. boleh guna cara Busyra nie tapi pecah telur. Pergh!!! Lagi mengancam.. wargh!! Lapar balik..

    ReplyDelete
  12. kalau sy suka basah2 sikit, pastu tambah telur dadar 🍝 perghhh... tapi resepi Busyra simple 😄 i like 😍

    ReplyDelete
  13. Sedap!!! Hehe. Akak suka mee goreng basah sikit dan telur banyak! Hehe.

    ReplyDelete
  14. Aduhh tersilap bukak entry pulak. Aishhh bertambah laparlahh uyul. hehehe. nampak sedap tu awakk.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete