SKIN CARE PRODUCT REVIEW: SWISSVITA SERUM

Saturday, February 04, 2017

Hai..


korang ada mengalami masalah kulit? seperti kulit tak sekata? berjerawat? okay.. dalam entri ni aku nak share dengan korang 3 jenis serum yang mampu membantu korang mendapatkan semula kulit yang cantik dan jauh dari jerawat! Apa itu Swissvita? Swissvita ialah produk penjagaan kulit yang bebas dari parabens, alkohol, wangian dan pigmen.. so, tak perlu risau sebab produk dari Swissvita ni selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Produk ni disimpan dalam tiub aluminium gred farmaseutikal untuk mengelakkan pencemaran/kuman2 dari masuk ke dalam.

cara pakai serum ni kalau nak jimat korang tekan slow2 dan biarkan ia keluar sedikit demi sedikit. bukan apa nak elak dari membazir ja. haha. takut tekan kuat2 nanti keluar banyak sangat. haaa nak sapu dekat mana lagi. sayang kannnn..

di sini, aku berpeluang untuk cuma 3 jenis serum iaitu  Swissvita Mandelic Acid Perfect Ratio Complex SerumSwissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum dan  Swissvita Micrite 3D All Use Whitening Serum.. macam mana bentuk ketiga2 serum ni? haaa meh terus baca, aku explain satu2 ye. 


1. Swissvita Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum


Serum ni di jual dengan harga RM100 dengan mempunyai kandungan sebanyak 50ml. jangan cakap mahal, sebab cecair serum ni bukan 10ml or 30ml tapi 50ml ye.. untuk pengetahuan korang sebelum ni harga asal adalah RM190. sekarang ni tengah promosi hebat! 

apa yang bestnya Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum? ia dapat menutup liang2 roma yang besar serta membuang sel2 kulit yang mati. Asid mandelic yang digunakan dalam serum ni mampu untuk buat kulit korang bertambah glowing dan lembut. tekstur warna serum ni sama macam serum2 biasa yang lain iaitu warna putih jernih... aku sendiri dah try guna serum ni iaitu 2 kali seminggu. dan ia sangat mudah meresap masuk dalam liang2 roma. 


2. Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum


Harga untuk serum ni adalah RM130.. okay, kalau serum ni pulak memang kaya dengan vitamin c dan bagi sesiapa yang ada bintik2 hitam ataupun tona kulit tak sekata, boleh la try serum ni ye.. picit sikit2 ja tau then letak dekat kulit yang ada masalah tu. serum ni sangat kecil dan sangat mudah untuk di bawa kemana saja.. ringan sangat2. korang boleh jimat guna sebab serum ni hanya tertumpu pada tempat2 tertentu ja. so, tak perlu guna setiap hari ye. time ada nampak bintik2 pelik timbul tu cepat2 letak. hehe


3. Swissvita Micrite 3D All Use Whitening Serum


perbezaan whitening serum dengan anti spot serum adalah saiz dan warna cecair saja. saiz whitening serum lebih panjang tapi harga untuk serum ni sama saja dengan anti spot serum. hanya RM130. harga asal adalah RM250 ye. fuhhh! apa lagi rebut peluang cepat sementara promosi. 

serum ni boleh guna pada semua jenis kulit sebabnya ia mampu mencerahkan dan menghidrasikan kulit wajah. penggunaannya boleh diguna 2 kali sehari iaitu lebih dari anti spot serum. Whitening serum ni mempunyai tekstur seperti gel dan ia tidak berminyak. korang boleh guna pada waktu siang dan malam. 


inilah tekstur warna ketiga2 jenis serum yang aku cuba. 



kulit wajah aku tak adalah begitu sensitif, tapi aku try cuba guna serum2 ni sebab nak tengok kesannya dan jadikan kulit wajah lebih lembut dari sebelumnya.. so bagi yang nak cuba boleh ke detail di bawah ye..

Official Website: https://www.allyoung.my/

2 comments