SHELL OUT MURAH DAN SEDAP DI DECO CAFE, AMAN CENTRAL ALOR SETAR - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, March 09, 2017

SHELL OUT MURAH DAN SEDAP DI DECO CAFE, AMAN CENTRAL ALOR SETAR

Hai..


siang tadi aku keluar dengan kawan ke Aman Central Mall semata-mata nak tengok Syurga yang tak dirindukan 2.. betul orang cakap menangis satu panggung wayang.. haha. :p ..then lepas tu singgah di Deco Cafe, Aman Central untuk rasa sedap ke tak shell out dekat situ.. pernah dengar orang cakap sedap jugak.. so time tu memang kena sangat, lepas keluar dari tengok wayang pukul 2.30.. so sempat lagi nak order shell out sebab dia ada pakej kalau makan time lunch.. dari pukul 12 sampai 3 petang.. time masuk ke Deco Cafe tu ada 3 family dan pasangan yang tengah makan.. fuh tengok dorang makan memang berselera.. tak cakap bayak dah, terus tulis order!. sebab time tu pun memang tengah lapar.. siapa suruh masuk wayang dulu baru nak makan.. padahnya tanggung sendiri.. haha.


ini menu set untuk pasta shell out.. aku belum cuba lagi yang ni, mungkin lain kali boleh datang lagi untuk try yang ni pulak.. menu ni start pukul 4 petang sampai la cafe ni tutup. pukul 10.30 malam kot kalau tak salah.. hanya RM38,80 untuk 3 orang makan dan harga tu tidak termasuk tax lagi ye.. hehe


inilah menu yang aku order untuk lunch tadi.. harga RM28.80.. kalau termasuk tax RM32.20 kalau tak salah. resit dah buang.. hehe. tapi okay la dapat air free lagi.. rasanya sedap tak? setanding tak macam orang cakap shell out dekat sini sedap? aku bagi 3.8/5 .. okay la.. sedap jugak ada rasa.. semua cukup. cumanya kuahnya kurang sikit.. first masa sampai order ni, aku bau rempah kari pelik semacam ja.. then cakap dekat kawan aku, ni mesti tak berapa sedap ni.. tapi bila dah ngappp masuk mulut.. tak seperti yang aku bau tadi.. haha.. betul orang cakap jangan pandang sekali tanpa kita mengenali dan merasainya.. cewah! ayat nak bombastik ja! haha..


udang, ketam, kepah aku boleh masuk dalam mulut.. tapi bila sampai kupang yang besauuu tuu.. emmm, aku tak makan.. heeee.. pernah rasa tapi tak boleh telan dek tekak ni.. rasa bunga kubis dan brokoli bakar dia sedap! nasi pun lembut ja!


bismillahhh.. sesi makan pun bermulaa.. acah-acah jjcm.. :p cafe ni kalau duduk dekat dalam agak sempit sikit. kalau nak luas dan lapang, boleh duduk di luar cafe, pun ada disediakan kerusi dan meja.. sambil tu kalau duduk dekat luar boleh menikmati angin luar dan Deco Cafe ni betul-betul nampak menara alor setar!


akhirnya selesai masuk ke dalam perut.. tetiba aku cakap dekat kawan aku "nasi dia sikit sangat la, tak kenyang".. haha.. cukup-cukup la busyra jangan makan banyak sangat nanti tak larat nak jalan.. hehe


bila dah isi perut.. boleh sambung berjalan pusing satu aman central balik.. heee. btw kalau yang belum rasa shell out di Deco Cafe ni ataupun bagi yang ada datang ke kedah, boleh la singgah ye.. aku bagi detail tempat di bawah. :)


Alamat: Deco Café ™ Aman Central Mall,
No. 1-51 & 1-62, 1st Floor,
Aman Central Mall,
05100 Alor Setar, Kedah.

Masa: 10:00am - 10:30pm (Daily)

Reservation Line: +604-733 0551

Facebook: https://www.facebook.com/decocafe.my/



**aku akan start blogwalking esok ye ke blog korang, hari ni tak sempat nak komen di blog korang**

45 comments:

  1. Nampak mcm sedap ja..
    Kita duduk jauh, nnt nak mkn, kena suruh mr.Husband masak, kikiki..
    Cheers, have fun dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sedap.. hehe.. wahh husband masak lagi sedap tu. air tangannya. hehe.. tq :)

      Delete
  2. Sedapnya. Tgk pun dah menyelerakan. Kenapa kak ana tak perasan cafe ni hari tu erk?? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa nnti kak ana dtg lagi ye.. hehe.. tp kan cafe ni mcm trsorok skit.

      Delete
  3. sedap betul rupa makanan2 tu. :D
    BV belum pernah lagi shell out :)

    ReplyDelete
  4. wow..sedapnya shell out..tiba-tiba teringin makan ni busyra...hadoiii


    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  5. rmi pulk yg up mkn shellout, tak boleh jadi ni, nak cari jugak..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. yeke. nnti p cri. kalau kena tempat yg betul2 sedap lg best.

      Delete
  6. terliur oi... seafood is one of my favourite. bila nak belanja sis ni? Haha

    ReplyDelete
  7. Wah kesian gambar lepas makan tu, macam baru lepas eksiden je semua... hihi....

    ReplyDelete
  8. Waaaaa nampak sangat menyelerakan lah busyra!
    suka kalau lala tu masak macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye syed.. mmg sedap lala tu.. kena dgn masakan.

      Delete
  9. fuhhh! sedap sungguh ni ... ni yang buat telio nak makan jugak ni hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaa, boleh tahan murah jugak nihh

    ReplyDelete
  11. Sebelum ni musim makanan arab dan steamboat
    .
    Sekarang dah masuk shell out

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ha aa kan.. mmg tengah hot shell out ni.

      Delete
  12. Kalau murah berbaloi la....

    Btw, sy dulu keje kat jpbd hq kl sebelum pindah ke osc.duduk osc 3 Bulan je pastu resign Jadi suri umah full time.. hehehe... Awak blajar kat u Mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak. murah jgk la sbb trmasuk air. hehe.

      wahh. akk dh bnyk sngt pengalam bekerja tu.. hehe. tak pe akak. rezeki ada dimana2. InshaAllah. tapi akak smbung study kan skrng ni? sy merata kena pindah. hehe. dulu time dip uitm perak. bila dh masuk degree, uitm shah alam kejap. lepas tu diarahkan pindah ke uitm puncak alam.. hehe

      Delete
    2. Oh. Kiranya awak Ni junior sy la... Dulu sy pun uitm Sri iskandar, pastu pindah buat degree kat shah Alam... And sy pun penah Jadi part time lecturer kat uitm shah Alam tu,ajar studio ,masa tu tak Sambung phd lagi. Bila dah Sambung dah tak sempat Nak mengajar kat uitm shah Alam, so concentrate mengajar (secara part time) kat upm je. Ajar budak2 Master subjek GIS

      Delete
    3. Oh. Kiranya awak Ni junior sy la... Dulu sy pun uitm Sri iskandar, pastu pindah buat degree kat shah Alam... And sy pun penah Jadi part time lecturer kat uitm shah Alam tu,ajar studio ,masa tu tak Sambung phd lagi. Bila dah Sambung dah tak sempat Nak mengajar kat uitm shah Alam, so concentrate mengajar (secara part time) kat upm je. Ajar budak2 Master subjek GIS

      Delete
  13. pernah pegi aman central tapi tak perasan pulak cafe ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cafe ni tersorok sikit.. sbelum ni pun sy tak perasan..

      Delete
  14. Walaupun dah lama Aman Central ni dah buka, saya tak pernah lagi jejak kaki kat sini haha =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. yeke.. takpa, nnti boleh la munirah singgah ke sana ye. :)

      Delete
  15. murahnya busyra, haritu makan kat ampang, 4 pax RM80++, fuh nasib baik kakak bayar, kekekeke. Mai suka la kerang, siput, kupang tu, tapi kalau makan melebih sakgi duk jamban la ceritanya..
    Nanti kalau ke Aloq Staq boleh la pi sana try, dekat dah...

    Kat kulim ni tak jumpa lagi shellout T_T

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi try sheelout huhu takdak geng nak bawa. Nak pergi makan sorang macam sendu pulak rasanya haha

    ReplyDelete
  17. Alahai.. akak nie entah bila nak berseloka out agaknya.. asyik tak berjaya je perancangannya..
    Dah lah minat seafood..

    ReplyDelete
  18. nampak sedap dan menarik makan tanpa pingan (^_^).

    ReplyDelete
  19. tgok mmg teringin. tp x makan seafood. huhuhu

    ReplyDelete
  20. Semenjak Shell Out ni viral smpi la skrang. Akak lom pernah lagi pi makan kat mana2 kedai Shell Out. Teringin gak nak pegi. Simpan la perut bulan depan sambut besday kat sana. HAHAHAH!

    ReplyDelete
  21. next week ni nak turun kedah.. boleh try shell out ni.. nak habaq kat org tu nasi nak dua ketui kang tak cukup.. kehekehe..

    ReplyDelete
  22. adoi.. lapar plak ha nengok gambarnye.. baik baik dik.. boleh gemok nanti.. hahahah~

    ReplyDelete
  23. tengok ke shell out ni macam nak kena makan ratah jerr .. hiii

    ReplyDelete
  24. Uyul rasa uyul salah masuk blog la. ini blog ke restoren. hehehehhehe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  25. Sedapnyaaaaaa dan murahnyaa! Siqah tak pernah lagi makan Shell Out. Nak cuba tapi masih tak diberi peluang. Hihi.

    ReplyDelete
  26. nak pergi lah nanti. lama tak jalan aman, bizi sngt skrgni

    ReplyDelete
  27. baru sekali masuk Aman Central tu 😊

    ReplyDelete

Copyright © 2010 Busyra Takiyudin All Right Reserved