RESEPI SUP IKAN BAWAL DAN CENDAWAN - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, August 09, 2017

RESEPI SUP IKAN BAWAL DAN CENDAWAN

Hai semua..

Siapa di sini peminat tegar sup? tak kisah lah sup apa pun.. janji suka makan sup panas2 dengan nasi putih.. fuh! busyra salah seorang penggemar sup.. kalau time demam lagi la suka makan masakan panas. so, harini busyra nak share resepi yang mudah dan simple. tak perlu guna perencah sup pun dah boleh jadikan sup tu sesedap rasa.. resepi kali ni adalah sup ikan bawal.. busyra beli ikan bawal yang besar then boleh belah pada 5 bahagian.. 2 ketul goreng dan 3 lagi buat sup!


Bahan-Bahan:

1. 1 ekor Ikan Bawal besar
2. Cendawan
3. 1 biji tomato
4. 6 biji cili padi (ditumbuk) **tak nak letak pun tak apa, yang letak cili padi ni spesis macam busyra jugak. suka pedas! hehe
5. 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
6. 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
7. bunga lawang dan kulit kayu manis (letak serba 1 saja)
8. 1 sudu sos sotong/sos ikan (tak nak letak pun boleh)
9. sedikit perasa/garam


Cara-caranya:

1. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis
2. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama tadi
3. Bila dah naik bau, masukkan air ikut la banyak mana korang suka. tapi jangan terlampau banyak ye sebab nanti kurang rasa bahan yang ditumbuk tadi
4. Bila kuah dah menggelegak masukkan ikan, (jangan biarkan terlalu lama ya, sebab ikan mudah masak, kalau lama isinya nanti tak sedap)
5. Masukkan tomato dan cendawan
6. Masukkan sos sotong/ikan dan sedikit perasa/garam
7. Biar 1-2 minit, dan siap untuk dihidang!


Resepi ni boleh gantikan dengan ikan lain.. ikut citarasa korang la suka ikan apa kan.. then makan dengan ikan goreng plus nasi panas2! nak tau edap ke tak, kena cuba dulu! hehe. ok bai..

11 comments:

  1. Akak x pernah buat sup ikan bawal...nak kna buat la..tgok sedap tu ha

    ReplyDelete
  2. Cendawan memang my favourite.... mesti sedap kalau letak bawal sekali.... selalu buat bawal goreng je...

    ReplyDelete
  3. Kalau buat sup, part kepala dia yang sedap tu.
    Tulangnya pun lembut.

    ReplyDelete
  4. sedapnya sup ikan. ikan bawal feveret mya.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi campur sup ikan dengan cendawan.. Selalunya kalau sup ikan memang tak buh sayur.. Tapi tengok menu busyra nie macam best je.. Nanti boleh kak sha try buat..

    ReplyDelete
  6. huish.. tak pernah buat sup ikan bawal ni.. hee~ selalu goreng jek.. tapi nanti boleh try.. nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  7. Kak Pip suka makan ikan bawal goreng crispy,
    Nextime nak try juga buat mcm resepi Busyra ni ....

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan.. :)
    anak2 pun suka sup,resepi ringkas je, i like.. senang nak buat.. :)

    ReplyDelete
  9. saya suka menu ni. tq sebab share resipi ni

    ReplyDelete
  10. Ikan bawal masak sup?? Baru tahuuuu boleh masak sup,. Selalu masak sambal je. Hehee
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Copyright © 2010 Busyra Takiyudin All Right Reserved