SELESA GUNA MEJA HOME OFFICE DARI SGSHOP MALAYSIA

Thursday, September 28, 2017

Hai, Assalamualaikum..


Untuk blogger, writer ataupun yang bekerja dari rumah, majoriti pastinya ada ruang home office tersendiri kan? di reka sendiri mengikut kesukaan warna, design dan sebagainya.. sama jugak macam busyra, ada home office sendiri supaya nak buat kerja lebih selesa dan serius.. siapa tak nak kan ada home office idaman yang direka cantik.. seronok sebenarnya tengok home office orang lain cantik-cantik.. menampakkan lebih professional.. jeles betul! haha.. home office busyra biasa-biasa saja, cukup lah untuk rasa selesa bila buat kerja.. bukan saja buat kerja blogger tapi disini jugak la busyra cari ilham untuk buat design customer.


Dah lama sangat nak share dengan korang tentang home office ni, tapi tu lah masa tak sempat.. setiap kali nak ambil gambar asyik malas ja.. harini gagahkan jugak snap pic untuk update entri.. pada asalnya busyra bukannya nak kongsi pasal home office tapi busyra nak story dekat korang pasal meja komputer ni, yang busyra dapat dari SGshop Malaysia.. ingat tak dulu busyra ada share pasal shopping di SGshop dengan voucher RM900? kalau belum baca boleh baca DISINI .. dalam entri tu busyra belum story pasal meja komputer ni. sebabnya masa busyra dapat tu, bentuknya bukan macam ni ye.. kayu yang sekeping-sekeping tu.. kena DIY, pasang sendiri, paku sendiri. letih kau! haha..


Harga untuk meja ni adalah RM220.. tapi sangat-sangat berbaloi untuk sesiapa yang nak beli.. busyra suka design meja ni, rasa lain dari yang lain dan semestinya sebab dekorasi dari elemen kayu yang kukuh.. ruang nak letak barang pun sangat banyak.. ada laci dan tempat letak komputer yang luas.. cuma kerusi ja tak dapat.. haha. nanti kerusi tu nak try usha dekat Lazada lah! lenguh dah pinggang ni buat kerja. kalau kerusi empuk sikit baru best.. hehe. demand!


Ada macam-macam warna untuk meja ni.. pink, biru dan warna-warna kayu.. macam busyra ni pilih warna kayu! sila abaikan meja yang bersepah tu. haha.. bedak semua nak letak situ. siapa suruh buat ruang kotak-kotak tu banyak sangat.. kalau boleh semua benda nak sumbat masuk.. hehe.

okay lah itu saja yang busyra nak share dengan korang, kalau nak meja macam busyra ni jugak boleh beli di SGshop ye.. By the way, kalau korang ada entri pasal home office bolehlah share dengan busyra di ruang komen, busyra nak baca nanti.. so, macam mana home office busyra? bersepah ke tak?

14 comments

  1. Cantiknya homeoffice busyra...akk kenan sungguh meja tu....boleh la usha2 sgshop nnt...

    ReplyDelete
  2. Untunglah Byusra ada home office sendiri. Ira dulunya ada lah, sekarang adik-adik makin membesar memasing nak bilik sendiri pulak. Alternatif yang ada laptop atas katil dikeliling timbunan bantal je sudah 😅

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada home office. Kinah belum ada lagi. Mana ada space kosong tu la tempat kinah hihi

    ReplyDelete
  4. bestnya ada home office!anak-anak dah besar sikit nak buat jugak lah!hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik busyraaa.. barulahh x stressed nak buat kerjaa hiii... nampak la girlish office 😃 Sikit

    ReplyDelete
  6. Cantik dan kemas. Kalau kak ana ada meja cmni memang hari2 semangat nak berblog tu ada.

    ReplyDelete
  7. memang tengah cari meja cun untuk home office.. yg ni nampak canti dan boleh letak banyak barang

    ReplyDelete
  8. Cantiknya.... liez belum ada office dlm rumah lagi... igt nak buat jugak...

    ReplyDelete
  9. Kalau aku home officenya di cafe 😉

    ReplyDelete
  10. owh, yang beli hari tu kan? wahhh, cantik mejanya! nice2!

    ReplyDelete
  11. cantik , mesti bersemangat nak buat kerja kan

    ReplyDelete