TUTORIAL STANDARDKAN SAIZ GAMBAR AGAR BLOG TIDAK BERAT

Friday, September 29, 2017

Assalamualaikum..


Terkadang kalau kita buka blog sesetengah blogger, gambar akan loading terlalu lama dan ada setengah tu gambar langsung tak keluar. terus jadi error.. tak best la kan kalau readers masuk blog kita tapi hanya dapat baca tulisan saja. Gambar adalah benda penting dalam setiap entri.. Jadi perkara macam ni perlulah dititik beratkan. jangan kita pandang mudah saja.. kita mesti happy kan bila readers baca blog kita ada unsur penulisan yang baik, gambar yang cantik dan yang pastinya gambar tidak loading terlalu lama.. benda yang simple macam ni akan bagi kesan pada blog kita juga..

Kenapa gambar di sesetengah entri berat? sudah semestinya sebab saiz gambar tersebut.. busyra tak tau la kalau korang concern ke tidak bab gambar ni.. tapi bagi busyra tersangatlah penting. lepas snap sesuatu gambar, busyra akan edit di photoshop untuk kecilkan saiz mengikut standard saiz yang tidak terlalu berat.. Macam mana tu? okay meh sini busyra ajarkan.. sangat mudah.. selain dari photoshop, busyra tak tau tools apa lagi yang boleh standard kan saiz gambar.. kalau korang tau boleh share dengan busyra ye..

Okay, korang boleh ikut langkah di bawah.. tutorial ni bagi sesiapa yang tak tau langsung pasal photoshop.. bagi yang dah tau, kacang je bagi korang.. hehe

1. Buka photoshop (busyra guna photoshop yang latest iaitu CS6)

2. Klik File dan tekan New (untuk set kan page kosong)

3. Kemudian edit saiz di 'width = 800' dan 'Height = 600' ..Ini adalah saiz yang busyra selalu set gambar dalam setiap entri blog. Saiz ni depend pada korang tapi yang pastinya jangan lebih 1000 pixels ye. dan korang boleh tengok pada resolution jugak.. pastikan ia 72 saja..

4. Lepas tu, inilah hasilnya.. Page kosong yang busyra dah set kan 800 x 600 pixels.

5. Okay tinggalkan kejap page kosong tu, sekarang ni korang klik File dan Open (cari gambar yang nak di kecilkan saiz nya)

6. Then, korang check dulu saiz gambar tu berapa pixels (cara checknya adalah klik Image dan klik Image size)

7. Adjust saiz tu di Width dan Height supaya menjadi saiz yang hampir dengan saiz page kosong yang dah set kan tadi.. lepas dah edit/tukar, tekan ok.

8. Kemudian, dragkan/ tarik masuk gambar yang bersaiz besar yang kita dah ubah saiznya tadi  (gambar asal) untuk masuk ke dalam page kosong yang kita set kan 800 x 600 pixels. **Just tarik ja guna mouse

9. Centerkan gambar bagi masuk dalam page kosong tu betul-betul.. dan jangan lupa letak watermark korang! Then klik File dan Save As

10. Akan keluar box macam bawah ni.. Letakkan nama file dan dekat Format tu cari tulisan yang tulis JPEG (*JPG*JPEG*JPE).. then klik save! siap!

Mudah saja kalau korang dah faham betul-betul.. tak sampai seminit pun buat.. practice makes perfect okay! Kalau kurang faham boleh komen di bawah ye.. nanti busyra akan reply.. Selamat mencuba.. 

*yang nak belajar photoshop, boleh request dekat busyra nak tuto apa.. nanti InshaAllah busyra buatkan entri khas..

11 comments

  1. Nice sharing busyra...bnyak manfaatnya

    ReplyDelete
  2. Orang kata format PNG lebih ringan dari JPG, betoi ke Busyra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu busyra tak pasti pulak mai.. cuma apa yg busyra tau PNG tu untuk save yg x mau bagi ada background (transparent) kalau JPEG untuk gambar biasa..

      Delete
  3. CCL pun letak gambar sedang-sedang saja . Tak terlalu besar

    ReplyDelete
  4. Akk xde photoshop.huu.xleh la nk follow tuto ni. Tp size gmbr mmg mmpgruhi loading blog kan.

    ReplyDelete
  5. Boleh dijadikan rujukan utk pemula blogger .

    ReplyDelete
  6. Bagus tip ni..barulah gambar nampak kemas dan tersusun kan

    ReplyDelete
  7. Nice info.. saya tak dapat nak buat edit sebab kekangan gadget... cuma mampu kecikkan size je... info terbaik ni...

    ReplyDelete
  8. sometimmes aida amik pot jugak pasal ni.
    kalau ada masa. if not, tempek aje gambo tanpa edit ni.

    ReplyDelete