TROPIKA FACE CLEANSING OIL BAGUS UNTUK KULIT MUKA

Friday, October 20, 2017

Hai, Assalamualaikum..

Manusia memang tak boleh dipisahkan dengan pencuci muka kan? baik perempuan atau lelaki.. busyra sendiri kalau sehari tak cuci muka dengan pencuci rasa muka ni teruk sangat, rasa tak selesa. busyra pernah bagi tau korang dalam entri sebelum ni yang problem kulit muka busyra ni adalah berminyak. nak cakap banyak tu tak, tapi tetap ada.. 

So, bila rasa berminyak pada bahagian muka, mulalah tak selesa kan. wajib cuci muka! Masih ada tak yang diluar sana mencari pencuci yang sesuai dengan kulit muka? Kalau korang salah seorangnya, apa kata korang cuba produk TROPIKA FACE CLEANSING OIL, ia bagus untuk kulit muka! Apa yang bagusnya? jom baca kelebihan tropika cleansing oil ni!


Tropika Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan semestinya ia tidak mengeringkan kulit muka. Pencuci ini dirumus menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3 dalam 1 iaitu digunakan untuk makeup remover, membersihkan dan melembapkan kulit supaya kulit sentiasa segar. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki tona kulit. Formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga. Ia diuji di bawah kawalan dermatologi.

FREE Cruelty, FREE Paraben, FREE Fragrance


Kandungan dalam Tropika Face Cleansing Oil:

Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi yang bagus. Mengandungi asid laurik yang membantu menjaga liang-liang pori pada kulit muka.

Vitamin E - Mengurangkan garis halus, kedutan, dan bintik-bintik.

Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan bintik-bintik pada muka. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit.

Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia mempunyai ciri anti-radang dan membantu mengatasi masalah minyak yang berlebihan.


Cara Apply:

Hanya dengan 3 langkah mudah:

1. Sapukan pada kulit muka dan urut.
2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
3. Bilas dengan air bersih.


Bila perlu digunakan?

Dua kali sehari atau bila-bila masa yang diperlukan untuk menggunakannya

Siapa yang boleh menggunakan?

* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up
* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit
* Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit
* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif


Busyra sendiri dah cuba gunakan untuk mencuci dan remove makeup.. sangat berkesan! Apa yang boleh busyra katakan untuk pembersih ni adalah ia lebih kepada cecair yang berupa minyak, tapi jangan risau ia tak melekit pun! dan ada bauan kelapa yang sangat wangi! 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tropika Face Cleansing Oil ni, korang boleh ke detail yang busyra sertakan di bawah ye..

Facebook: https://web.facebook.com/TropikaskincareHQ/

Instagram: https://www.instagram.com/tropikaskincarehq/

Website: https://tropikaskincare.my/

8 comments

  1. do follow blog nih

    Banyak produk di pasaran, tinggal kita sebagai pengguna kena bijak memilih yg sesuai untuk kulit muka kita...

    ReplyDelete
  2. Pandai Busyra ambik gambar, ala-ala Tropika sesuai namanya...

    ReplyDelete
  3. Oh boleh cuci dan remove makeup juga...bagus ni

    ReplyDelete
  4. kak lina pun dah guna...suka sangat bab menanggalkan make up tu...hihi

    ReplyDelete
  5. Makin cantik dan bersih kulit muka lepas ni kan

    ReplyDelete