UNBOXING ALTHEA KOREA'S BBO SONG SKIN BOX

Monday, October 30, 2017

Hai dolls! ehhh tetiba.. haha. yela kan sebab kali ni busyra akan story tentang Beauty Box.. Semestinya untuk si wanita-wanita diluar sana. Korang penah dengar tak online shopping website Althea? Setiap bulan Althea akan keluarkan Beauty Box yang menarik! Antara beauty box dari Althea adalah Lovely Dewy Box, Dried Rose Box, Mermaid Box dan banyak lagi! Setiap kotak ada 5-12 barangan di dalamnya, tergantung pada kotak yang korang beli pada bulan itu.

Apa yang best tentang Althea ni, korang tak perlu nak subscribe bayar tiap-tiap bulan. Kalau nak beli Box untuk bulan tu saja perlu bayar. Yang tak bestnya Beauty Box Althea ni cepat habis sebab ia adalah limited edition! So, kalau berkenan tu kena cepat-cepat grab!

Baru-baru ni Althea keluarkan box yang sangat cute iaitu Bbo Song Skin Box! Apa yang ada di dalam box yang busyra dapat ni? Jom tengok!!


Apa itu Bbo Song Skin?

Dalam Bahasa Korea, Bbo Song Skin bermaksud kulit lembut seperti bayi (Baby Soft Skin Look). Maknanya kalau nak look macam baby, kulit lembut semulus baby, kena guna Bbo Song Skin ni!

Apa yang ada dalam Althea Bbo Song Skin Box?

1. Innisfree No Sebum Powder Cream
2. Nakeup Face Coverking Powder Cushion #22 Silky Cover
3. The Saem Saemmul Single Blusher #PK01 Bubble Gum Pink
4. Petitfee Hate U! Red Spot Sulfur Powder
5. Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake
6. W.Lab Sebum Out Oil Control Mist

1. Innisfree No Sebum Powder Cream


Innisfree Cream digunakan sebelum memakai alat makeup yang lain iaitu berfungsi sebagai Sebum Control, Moisturizer dan juga Primer. Bila krim ni disapu di bahagian muka, ia akan menjadikan makeup lebih cantik dan sempurna. Bukan tu saja, ia akan melembapkan kulit muka dan mengawal minyak supaya tidak berlebihan.


Review/Result: Bagi busyra, krim ni tidak melekit malah kulit rasa lebih lembap dan lembut.. Kulit muka busyra jenis berminyak tapi terkadang tu ada juga kulit jadi kering sangat, tapi lepas apply krim ni rasa lebih selesa.

Rating:  5/5

2. Nakeup Face Coverking Powder Cushion #22 Silky Cover


Nakeup Face Powder ni menjadikan kulit selembut baby. Ia dapat mengawal minyak di muka dan dengan sekali calit saja dapat menutupi segala parut, liang-liang pori yang terbuka dan kedutan.



Review/Result: Packaging yang sangat cantik! Sebelum ni, kalau busyra pakai bedak mesti kena calit banyak-banyak kali, baru tutup semua cela tapi dengan Nakeup Face ni sekali calit dah cun macam artis korea! haha


Rating:  4/5

3. The Saem Saemmul Single Blusher


Blusher yang di buat daripada powder yang halus dan gebu. Warna pink ini sememangnya akan menjadikan muka lebih berseri dan natural.


Review/Result: Busyra memang belum pernah ada warna yang terang macam ni.. sebelum ni ada warna yang soft dari blusher Saemmul. Lepas apply dekat muka barulah muka nampak lain dan menaikkan seri wajah.

Rating:  4/5

4. Petitfee Hate U! Red Spot Sulfur Powder


Red Spot Sulfur Powder ini berfungsi untuk menutupi segala parut dan jerawat yang ada di muka. Selain daripada itu, ia dapat menghalang jerawat daripada bertukar menjadi bintik hitam. Di dalam Red Spot Sulfur Powder terdapat 2 lapisan atas dan bawah iaitu lapisan cecair dan serbuk. Kedua-dua lapisan ini sangat bagus iaitu mengawal sebum dan mengawal kesan merah pada wajah.


Review/Result: Busyra tak penah try Red Spot Sulfur macam ni.. Tapi lepas try ni, sangat berkesan sebab parut boleh ditutup dengan mudah. Lepas ni kalau jerawat naik, cepat-cepat letak red spot sulfur!

Rating: 4/5

5. Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake


Warna yang menarik iaitu Grey Khaki Black! Kegunaannya untuk melukis ukiran kening supaya nampak lebih cantik dan natural. Eyebrow kit ni mudah dibawa kemana saja sebab ia bersaiz kecil. Ada 2 warna grey yang berlainan, terang dan pudar.


Review/Result: Sebenarnya busyra tak pandai lukis kening dan tak minat.. hehe. kening bukan part yang busyra ambil peduli dalam makeup. yes! betul orang cakap kening tu kena cun, baru cantik. tapi busyra lebih suka kening busyra yang ori. biar lah serabut sikit. Dengan adanya Eyebrow Skinfood ni, busyra guna juga dengan olahan busyra gantikan sebagai Eyeshadow. haha. Mudah! sapu dengan jari saja. 

Rating: 4.5/5

6. W.Lab Sebum Out Oil Control Mist


Sebum ini dihasilkan adalah untuk mengawal minyak yang berlebihan pada muka dan ia mengandungi serbuk semulajadi untuk melembapkan kulit. Goncang dulu sebelum digunakan supaya serbuk dan cecair bercampur antara satu sama lain. Kemudian, sembur pada seluruh muka selepas makeup. Muka akan lebih segar dan bermaya.


Review/Result: Kulit busyra rasa lebih gebu lepas spray oil control mist ni. Lebih segar, lebih sejuk, lebih segala-galanya. hehe. Kulit pun tak kering. Kelembapan berpanjangan gituuu. 

Rating:  5/5




Jom tengok video simple makeup busyra! 


Itulah review dari busyra. Memang sangat best dapat cuba Bbo Song Skin Box ni! Nanti nak try lagi kalau diberi kesempatan untuk bulan depan. box lain pulak! hehe. So, bagi sesiapa yang berminat nak try Althea Box boleh lah ke detail di bawah ye.




21 comments

  1. Comel nya produk2 dia Busyra. Sukanya kak ana tgk. Best pula tu ye

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak cuba W.Lab Sebum Out Oil Control Mist tu sebab muka berminyak sangat kalau dekat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Farah. memang best. muka kurang dah minyak lepas makeup pakai tu.

      Delete
  3. wahhh.. bestnyaa.. Nurul memang suka giler dengan skincare dan produk korea ni :D

    ReplyDelete
  4. wah menariknya dalam 1box ada macam-macam beauty product!i likeee...

    ReplyDelete
  5. packaging box tu cantik. saya pun menawan hati tengok box tu.hehe

    ReplyDelete
  6. bestnyer produk althea ni...teringin lah nak cuba..patutlah kulit busyra halus..flawles lagiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tak da la akak. kulit busyra ni jenis berminyak jgk. try lah kak. best!

      Delete
  7. Bestnya. All-in-1 gitewww. Patutlah kulit Busyra ala2 peremuan korea. Cantik je tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. idok ler macam korea nya. ye akak. mmg best! busyra jenis kulit agak berminyak. cuba tak ada la banyak sngt.

      Delete
  8. busyra nak jugak ni... mcm mne nak dpt ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lela! busyra dapat dari PR yang ni. lela boleh join group butterfly di facebook.

      Delete
  9. Belum pernah try shopping pape pun dengan althea, tapi macam tangkap cintan je dengan innesfree cream tu.

    ReplyDelete
  10. sekiut tuan punya yang review nii.. ehehehe. suka tau tengok awak review produk kosmetik. keep it up

    ReplyDelete
  11. w.lab sebum out tu dalam wishlist sha hehehe

    ReplyDelete