10 IDEA DOORGIFT YANG MENARIK DI MAJLIS PERKAHWINAN - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, November 17, 2017

10 IDEA DOORGIFT YANG MENARIK DI MAJLIS PERKAHWINAN


Sudah menjadi trend masa kini, pelbagai jenis doorgift akan diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan. Bukan senang kan nak fikir doorgift apa yang terbaik dan murah untuk tetamu. Banyak saja yang menawarkan doorgift yang cantik-cantik tapi agak mahal. Buat apa untuk mencari yang mahal, biarlah murah dan doorgift yang diberikan itu bermanfaat untuk para tetamu..

Doorgift diberikan adalah untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada tetamu kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan kita. Tak kisahlah doofgift dalam bentuk makanan ataupun barangan lain. Disini busyra kongsikan 10 idea doorgift yang menarik di majlis perkahwinan. Jom lihat!

1. Tasbih, Yasin atau Buku Surah


Photo Credit: Blog Fatin Liyana

Tasbih, Yasin atau Buku Surah adalah sangat berguna kepada tetamu. Korang boleh buat survey di laman page fb, banyak yang menawarkan harga yang murah serendah RM0.50–RM1.00. Memang berbaloi untuk jadikan doorgift di hari perkahwinan nanti. Doorgift seperti ini dapat digunakan selamannya.

2. Sejadah Mini


Photo Credit: Blog Fatin Liyana

Sejadah mini juga boleh dijadikan doorgift. Korang boleh hiaskan dan ikatkan bersama riben supaya nampak lebih comel. Hanya beri begitu sahaja kepada tetamu kerana ia lebih menampakkan elegant dan simple tanpa perlu dibungkuskan di dalam beg.

3. Sabun


Photo Credit: Google Image

Korang boleh menyimpan sabun dengan masa yang lama kerana sabun tidak akan rosak. Jadi doorgift ini sangat berguna kepada tetamu. Sebagai contoh mereka boleh gunakan ketika travel dan sebagainya kerana ia kecil dan mudah dibawa. Boleh dimasukkan di dalam bekas yang comel dan transparent.

4. Lilin

Lilin agak jarang untuk dijadikan doorgift, tapi apa salahnya kalau korang memilih lilin. Pembelian lilin juga boleh secara borong dan korang boleh hiasinya dengan meletakkan di dalam bekas transparent. Pelbagai bentuk, ukiran lilin yang boleh dijadikan doorgift. Tetamu boleh meletakkannya di dalam bilik tidur sebagai perhiasan. Selain itu, ada juga lilin wangi dan lilin berwarna-warni. 

5. Hiasan Tuala


Photo Credit: Blog Rospink 

Tuala kecil amat berguna untuk tetamu. Mereka boleh gunakannya di dapur dan sebagainya. Megikut kreativiti masing-masing. Korang boleh mengikat tuala kecil ini bersama riben untuk menampakkan lebih cantik dan berwarna-warni. Harga tuala kecil biasanya dalam RM0.50-RM1.50.

6. Tudung

Wide shawl, pashmina ataupun pelbagai jenis tudung boleh dijadikan doorgift. Bajet untuk doorgift tudung agak tinggi yang biasanya dalam RM5.00 keatas tetapi korang boleh cari yang lebih murah jika membeli tudung dengan harga borong. Seperti sedia maklum, korang boleh hiasinya dengan mengikat riben bagi menampakkan eksklusif.

7. Handmade Purse

Doorgift ini agak unik sebab jarang sangat tengok tetamu mendapat doorgift handmade purse. Nampak kreatif dan eksklusif bila tetamu guna untuk kemana sahaja. 

8. Madu


Photo Credit: Blog Fatin Liyana

Madu menjadi trend pada masa kini dan sememangnya comel apabila madu dimasukkan di dalam jar kecil dihiasi dengan riben. Kebaikan madu adalah baik untuk kesihatan dan ia sangat bermanfaat kepada tetamu. Tetamu korang juga pasti akan rasa kelainan di hari perkahwinan korang nanti.

9. Senduk, Sudu atau Garfu kayu


Photo Credit: Blog Rospink 

Memang unik jika senduk, sudu atau garfu kayu ini dijadikan doorgift. Pasti sangat berguna untuk golongan wanita yang memasak di dapur. Doorgift ini bukan sekadar boleh dijadikan hiasan saja. 

10. Potpourri

Ia sangat biasa untuk dijadikan doorgift di hari perkahwinan korang tapi ia murah dan tidak terlalu mahal. Pastinya semua tetamu yang hadir sukakan pada wangian. 


Semoga 10 idea doorgift ini dapat membantu korang dalam persiapan perkahwinan. Ia bukan sahaja sekadar dijadikan hiasan malahan ia juga boleh digunakan dan berguna dalam kehidupan seharian. 

9 comments:

  1. kak pip suka yg #9 tu...
    jarang orang buat ...

    ReplyDelete
  2. Sejadah dan tuala kak ana dh pernah buat. Bekas makanan pun boleh juga busyra. Org akan guna juga. Madu pun menarik tp mmg costly sgt.

    ReplyDelete
  3. Yang paling popular sekarang nie kekacang dalam botol.. Cantik je bila kacang berwarna warni disusun secara bertingkat-tingkat..

    ReplyDelete
  4. Kalau ira memang dah niat (angan-angan) nak kasi doorgift yang dalam kita memberi ada sahamnya. Hehe. Wishlist yassin dan mini sejadah tu. InshaaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Siqah suka semua!! Hihi. ASalkan cantik, I'm okay je :)

    ReplyDelete
  6. Doorgift knduri yg ccl tak pernah dapat sejadah mini, purse & tudung . Zaman sekarang dah semakin maju . Doorgift-doorgift yang comel sediakan . Bunga telur entah kemana

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved