9 PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN APABILA SAKIT KEPALA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, April 03, 2018

9 PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN APABILA SAKIT KEPALA

tips hilangkan sakit kepala, sakit kepala, tips,
photo credit: klikdokter

9 PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN APABILA SAKIT KEPALA | Sakit kepala ni perkara biasa kalau tak keterlaluan. Kalau sakit sangat jangan biarkan tau, terus jumpa doktor. Jangan ambil mudah hal-hal macam ni. Tapi dalam entri kali ni, busyra just nak share apa yang perlu kita lalukan kalau sakit kepala biasa tanpa perlu makan panadol. 

1. Banyakkan minum air. Mesti korang macammm.. ermm minum air je? eh jangan tau, kebanyakkan yang sakit kepala tu disebabkan oleh dehidrasi. (kurang air dalam badan boleh ganggu sistem-sistem tubuh termasuk dibahagian kepala) belajar sains pulak weii. hahaha

2. Buat urutan di kepala. Banyak doktor pakar cakap kita boleh urut kepala sendiri di bahagian saraf belakang kepala, sememangnya boleh melegakan rasa sakit.

3. Tekan di kawasan ibu jari dan jari telunjuk. Buat urutan di tempat tu selama beberapa minit. Selepas tu urut di bahagian berdekatan tangan.

tips hilangkan sakit kepala, sakit kepala, tips,

4. Minum/ makan tembikai. Sakit-sakit pun nak makan ke? haha. serius ni, ya! tembikai kaya dengan air tau. berbalik pada point no 1 tadi, kalau korang kurang air dalam badan, tembikai memang dapat membantu. Banyak air dalam badan dapat meringankan rasa sakit kepala dan memulihkan seluruh tubuh badan. 

5. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Bila kita rasa sakit kan, automatik tubuh kita ni tertekan tau. Stress. Dengan nafas yang dalam dalam membantu korang berehat dan dapat mengurangkan ketegangan otot.

tips hilangkan sakit kepala, sakit kepala, tips,

6. Minum teh halia. Halia ada ciri-ciri anti-keradangan yang boleh kurangkan rasa sakit.

7. Mandi dengan air sederhana panas. Biar air shower tu turun dekat belakang leher. Sememangnya haba yang panas boleh melegakan otot yang tegang dan boleh mengurangkan rasa sakit yang disebabkan sakit kepala. 

tips hilangkan sakit kepala, sakit kepala, tips,

8. Minum secawan kopi asli.. Bukan yang 3 in 1 tu tau. Kadang-kadang saluran darah kita ni tak seimbang (pembesaran). Kafien yang ada dalam kopi akan menyekat saluran darah yang tak baik. 

9. Tenangkan minda. Letakkan kepala dan jangan fikirkan perkara-perkara lain seperti, kerja dan sebagainya yang boleh mengganggu diri dari rasa sakit kepala. just relax..


Apa yang busyra sampaikan ni daripada hasil pembacaan. Saya bukan doktor pakar ye. hahaha. Cuma hanya ingin berkongsi apa yang busyra tau. Semoga Bermanfaat :)


6 comments:

  1. Wahhh gud sharing..tapi kalau ciktie ubat sakit kepala ni tidur je. Kosongkan fikiran

    ReplyDelete
  2. tq share busyra ... sekarang ni cuaca panas, mmg mrs pip paksa diri minum air byk2, mrs pip ni lately cepat sangat dehidrasi, mmg kalau kurang air , antaranya mmg akan sakit kepala ...

    ReplyDelete
  3. Wow..perkongsian yang bagus Busyra..akak suka sebab selalu sakit kepala..lepas ni nak buat stok tembikai la kat rumah...

    ReplyDelete
  4. Memang kena minum air banyak. Lagi2 musim panas dan tak menentu skrg ni.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved