RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, June 23, 2018

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP

ketam masak lemak cili padi, cili padi, santan, kunyit, resepi masak lemak cili padi,

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP| Hai semua! Lama rasanya blog ni tak ber update. Untuk hari ni, busyra nak share resepi ketam masak lemak cili padi yang tersangat lah ringkas dan mudah. Sesiapa saja boleh masak, tak susah pun. So jom tengok bahan-bahan apa yang diperlukan.

Bahan-bahan:

1. 4 ekor ketam
2. Santan kotak (tak kisah brand apa asalkan sodap!)
3. 2 batang serai (diketuk)
4.  5 biji cili padi (ditumbuk kasar). Kalau nak lagi pedas boleh tambah
5. 2 tangkai cili kering
6. Sedikit serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi sedap. Tumbuk sekali dengan cili padi)
6. Sedikit garam / Maggi cukup rasa

ketam masak lemak cili padi, cili padi, santan, kunyit, resepi masak lemak cili padi,

Cara Memasak:

1. Masukkan serai, cili padi, santan dan serbuk kunyit.
2. Biar sekejap. Masukkan ketam dan sedikit air untuk nak lebih kuah. 
3. Masukkan cili kering dan perasakan dengan garam /maggi cukup rasa.. (busyra masuk keduanya sekali)
4. Tutup periuk sekejap untuk pastikan ketam masak. 
5. Siapp! sedia untuk dihidang.

**ada kelainan dalam masakan busyra ni sebab masukkan cili kering. busyra suka sebab bila gigit dengan nasi memang sedap!** korang juga boleh letak asam keping untuk menyedapkan lagi masakan. busyra tak letak sebab terlupa beli. huhu

ketam masak lemak cili padi, cili padi, santan, kunyit, resepi masak lemak cili padi,

Selamat Mencuba!

11 comments:

  1. tengok gambar pun dah terliur dah :D

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketam..pepagi ternampak lauk ni pula..

    ReplyDelete
  3. Tengok pekatnya kuah mendidih tu membuatkan perutku berkeroncong :(

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa laahaiii tengok lengan ketam tuu

    ReplyDelete
  5. sedap...

    tengok rupa dah rahu.

    belum lagi rasanya lagi..

    terbaik la resipi ini

    ReplyDelete
  6. kenapa dera nafsu makan saya.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa tu busyra, tlg masakkan utk akk.hee

    ReplyDelete
  8. Favorite kak ana ni. Kecur air liur tengok haa.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved