PUISI#24 NOTA UNTUK MU - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, January 05, 2019

PUISI#24 NOTA UNTUK MU

koleksi puisi, busyra takiyudin, puisi nota untuk mu, mak ratu hati,

PUISI#24 NOTA UNTUK MU | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas.

Puisi Nota Untuk Mu

Aku dapat rasakan hangatnya sesuatu
Belaian mu
Pelukan mu
Cinta mu
Sungguh itu buatku rasa paling beruntung

Kamu suapkan aku makan
Mandikan aku setiap hari
Buatkan ku susu, ya pasti paling tersedap ku rasa
Sungguh buat aku teruja bilamana kau tatap mataku
Sungguh ku bahagia ketika itu

Pagi ini aku tersedar dari lena panjang semalam
Dibelek-beleknya tangan ku, muka ku dan seluruh tubuh ini
Aku tertanya mana susu buat ku pagi ini
Dimana kamu
Sungguh aku terpinga

Dikala mulutku tersenyum lebar
Baru ku sedar
Aku bukan lagi budak-budak seperti dulu
Aku kini 26 tahun di awal 2019
Dan kamu masih ada disisi sehingga kini, MAK..
Terima kasih ratuku

-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

4 comments:

  1. Bila sebut insan ini..ibu..tiada kata untuk tafsirkan..sungguh.Moga ibu...bakal ibu..sentiasa diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Missing my mom nan jauh diKedah T_T

    ReplyDelete
  3. huwaaa bestnya puisi busyra buat! turut sama 'masuk' menghayati jalan cerita puisi ni :D

    ReplyDelete
  4. Bestnya bila teringat mak suapkan makan dekat pangkin depan rumah. Berselera walau hanya ikan goreng dan kicap.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved