ALTHEA A'BLOOM MASK SHEET & BHA BLACKHEAD BLASTER

Tuesday, May 21, 2019

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

ALTHEA A'BLOOM MASK SHEET & BHA BLACKHEAD BLASTER  | Korang!! dekat sikit nak bisik ni.. Althea keluarkan satu lagi produk terbaru.. Acanerrr ni.. haha! Seriously cute gila. Mana pernah produk dari mereka tak comel kan. Geram sangat tengok packaging A'Bloom koleksi terbaru dari Althea ni. Korang boleh usha sendiri nanti..

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

See! cute kan? Cute dari semua aspek tau. Warna, packaging, font.. Semua! yes semua. hehehe. Hati serius berbunga-bunga lepas dapat ni. Dah la busyra ni fanatik dengan mask. Dapat pula macam ni, sayang pula nak guna. haha. over nawww! Korang mesti nak tau kan, apa benda yang ada dalam Set A'Bloom ni? Ada 4 produk iaitu A'bloom Mask sheet (4 variasi), A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs.

1. A'bloom Mask sheet
Harga : RM2 per sheet / RM15 per 10pcs

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

Lepas pakai mask sheet ni terus rasa muka ni lembut ala-ala kulit baby. hehe.. Sampai ke esok pagi kulit lembap je.. Tak melekit dan pastinya yang busyra suka muka dah tak lagi berminyak bila bangun pagi.. yeahhh!! Ada 4 jenis bauan iaitu watermelon, lemon, peach dan avocado.. semuanya best..

Antara kebaikan A'bloom Fruits Mask Pack ni ialah :

● Tinggi dengan antioksidan dari ramuan tumbuhan semulajadi dan ekstrak buah-buahan segar.
● PH yang seimbang menguatkan daya ketahanan kulit dan menjadikan kulit lebih segar.
● Diperbuat dari 100% fabrik mesra alam semulajadi yang berkesan untuk menyerap esen pati buah-buahan ke dalamnya.
● Mempunyai kesan penyejukan dan menyerap dengan baik untuk "menyuntik" kebaikan esen buah-buahan ke dalam kulit untuk kulit kekal lembap hingga keesokan harinya.
● Siri whitening face mask mampu memberi kesan cerah yang segera selepas penggunaan.

i. Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)

- Melembab dan menyejukkan kulit semasa cuaca panas 
- Mengandungi asid aminoik semulajadi (Citrulin & Betain) yang membentuk membran pelembab pada kulit, menjadikan kulit kekal lembap dan lembut
- Mengandungi ekstrak lavender yang membantu menenangkan kulit sensitif

ii. Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparkle-Me-Bright)

- Kaya dengan vitamin C untuk membaiki dan melindungi kulit dari sinar UV
- Menjadikan kulit lebih cerah dan telus
-Mengandungi ekstrak teh hijau yang kaya dengan vitamin C untuk membantu mengawal pengeluaran melanin

iii. Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)

- Kaya dengan kelembapan dan vitamin A retinol yang membantu mengawal minyak dan air pada kulit
- Retinol membantu menormalkan kitaran kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati untuk kulit yang licin & terhidrat.
- Mengandungi ekstrak pokok teh yang membantu membersih dan mengawal masalah liang roma di wajah

iv. Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)

- Kaya dengan protein yang menghalang proses penuaan 
- Mengandungi antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E
- Menjadikan kulit cerah berseri dan anjal
- Mengandungi ekstrak bunga matahari yang kaya dengan Antocyanin, antioksidan untuk mencegah penuaan

2. A'bloom BHA Blackhead Blaster 
Harga : RM16 (8g)

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

Seriously memang berkesan! Sebelum pakai tu terfikir juga berkesan ke tak ni. Tapi bila dah try, seronok pulak sebab kulit rasa smooth gila lepas guna! kena konsisten buat everyday. Blackhead pun dah tak boleh nak bertenggek dekat hidung tu. nyah kau!! haha.

Diformulasi dari bahan semulajadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan BHA semulajadi (natural BHA), BBB membantu secara lembut membersih pori hingga ke akar tanpa meninggalkan iritasi dan kesan merah pada wajah. Setiap bahan yang diguna mempunyai fungsinya yang tersendiri :

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

● BHA semulajadi - membersihkan liang hingga ke dalam dengan mengelupaskan sel-sel kulit mati.
● Apricot seeds - membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.
● Arang - menyerap kotoran di liang-liang.
● Tea tree leaf oil - membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit.

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

Cara Penggunaan :
1. Basuh muka supaya bersih daripada makeup. Nak effect lebih berkesan, gunakan tuala panas dan letak pada muka untuk membuka pori-pori.
2. Gosokkan BBB ini pada area yang terdapat blackhead/whitehead.
3. Kemudian, bilas muka dengan air suam.
4. Anda akan rasa kulit lebih moist dan tidak kerengsaan malah minyak pun berkurang.

3. A'bloom Meringue Puff
Harga :Giant (RM8/pcs) / Baby (RM11/3 pcs)

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

Untuk pengetahuan korang, meringue puff ini diinspirasikan daripada meringue cookies. Didatangkan dengan dua saiz iaitu, Giant Meringue Puff dan juga Baby Meringue Puffs. Comel sangat, macam nak makan pulak! haha.. Yang pastinya ia sangat lembut, sesuai untuk penggunaan kering ataupun lembap.. Kalau nak sapu foundation jenis lembap-lembap gitu, boleh rendamkan dulu Meringue Puff ni dalam air. Mudah sangat!

Althea A'Bloom, Mask Sheet, BHA Blackhead Blaster, Meringue Puff Althea, Althea Korea,

For me, semua produk Althea tak pernah mengecewakan.. Semuanya ada kriteria tersendiri yang buatkan pengguna rasa love sangat. Korang!! jangan lepaskan peluang untuk beli produk dari mereka tau. Berbaloi.. Dapatkan set A'Bloom di SINI

2 comments

  1. semua besttttt.. akak dah cuba semuanye.. mask dia sejuk jerk bila pakai..

    ReplyDelete
  2. Mmg best dan cute keluaran kali ni.

    ReplyDelete