RESEPI SAMBAL MATAH BALI PENAMBAH SELERA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, July 04, 2019

RESEPI SAMBAL MATAH BALI PENAMBAH SELERA

sambal matah bali, sambal matah dan ayam bakar, sambal indonesia,

RESEPI SAMBAL MATAH BALI PENAMBAH SELERA | Macam biasa busyra akan kongsikan resepi untuk korang. Diambil dari pakcik google tetapi di olah mengikut selera makan sendiri.. Masakan kali ni sangat simple tapi boleh tambah nasi tau! hehe.. Sambal matah bali dari indonesia memang superb sedap! 

Bahan-Bahan:

1. 2 batang serai
2. 10-15 ulas bawang merah/kecil
3. 3-5 helai daun limau purut
4. 6-8 biji cili padi 
**kesemua bahan diatas dihiris halus. Kalau nak lagi pedas boleh tambah cili lagi. Ikut pada citarasa masing-masing.
5. Sedikit belacan
6. Sedikit minyak
7. Gula dan garam secukup rasa

sambal matah bali, sambal matah dan ayam bakar, sambal indonesia,

Cara-caranya: 

1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan belacan, serai dan daun limau purut. Kacau seketika.
2. Kemudian masukkan bawang kecil, kacau sehingga layu.
3. Masukkan cili padi dan kacau lagi. Perasakan dengan gula dan garam.
4. Siappp! 

sambal matah bali, sambal matah dan ayam bakar, sambal indonesia,

Busyra makan dengan ayam yang di bakar dalam pan tanpa minyak. Lepas tu tumbuk sikit ayam dalam lesung batu. Aura lesung batu tu buatkan ayam lagi sedap!. Makan dengan nasi panas dan sambal matah. Aura serai dan daun limau purut tuuu.. power! Korang kena cuba!

**Kenapa sambal ni dinamakan sambal matah? Apa yang busyra tau (matah = mentah).. Sebenarnya resepi ni tidak dimasak sama sekali. Makan macam kerabu mangga tu. Tapi busyra buat versi masak sampai layu. hehe. Tak boleh nak telan kalau tak masak langsung. 

7 comments:

  1. baru tau rupanya nama dia sambal matah, miza belasah jew buat lawan dengan ikan goreng bila kering idea nak masak makan dengan nasi panas tak cukup sepinggan hehe

    ReplyDelete
  2. First time ni akak dengar sambal ni. Rare nyer. Confirm makan dengan nasi panas-panas boleh 2-3 kali bertambah. Huwaaaa~~!!! seronok nye anak tekak. HAHAH!

    ReplyDelete
  3. Mudah bahan-bahannya.Boleh cuba ni..asalnya macam kerabu ea Busyra..tak perlu dimasak..wah..

    ReplyDelete
  4. makan dengan nasi panas2 sedap ni..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved