PUISI#27 BIMBANG JAUH

puisi bebas, puisi bimbang jauh, puisi pengubat jiwa,

PUISI#27 BIMBANG JAUH | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 

Puisi Bimbang Jauh

Mataku masih terbuka melihat motor di jalan raya
Sama saja, tiada lainnya
Terus aku capai air untuk siram bunga
Malangnya layu, hitam, mati.. oh jiwa!

Tiada lain untuk pengubat duka
Masih sama aku simpan walau kini tinggal kelopak bunga
Takut aku buang semua
Bimbang jauh mencari merata

Bunga satu-satunya pengubat jiwa
Terpaksa menahan lara
Menunggu kamu pulang membawa bahagia
Sungguh aku bimbang jauh denganmu, ya aku mengakuinya

-busyratakiyudin-


Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI


Post a Comment

2 Comments