BLUEBERRY SMOOTHIE CAIR MACAM NI PUN SEDAP TAU!

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

BLUEBERRY SMOOTHIE CAIR MACAM NI PUN SEDAP TAU! | Hai korang. Harapnya kita semua dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang musim Covid-19 ni. Jaga kesihatan, kerap basuh tangan, dan bila terpaksa keluar jangan lupa pakai mask, guna hand sanitizer dan selebihnya #stayathome ..Huhu mukadimah panjang betul.. Okay. So, jom tengok resepi Blueberry Smoothie! Actually busyra terlebih air then jadi cair sikit. haha. but it's sokay gaisss. Yang penting sedap dan sihat!

Bahan-Bahan:

1. 2 cawan air Bliss
2. 3 sudu besar madu
3. Blueberry (ikut korang nak letak banyak mana pun)
4. 3 sudu besar cornflakes (perisa pisang) **sepatutnya letak pisang tapi pisang tak ada so busyra gantikan dengan cornflakes.. Rasa juga pisang tu.
5. 1 cawan ais

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

Cara-caranya semudah abc, hehe.. korang blend la semuanya. Serius sedap! rasa masam-masam buah blueberry dan rasa manis cornflakes pisang. Memang superb! Lagipun resepi ni baik untuk kesihatan tubuh badan kita..

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

Antara Khasiat Blueberry

Blueberry mengandungi Vitamin C dan pengambilan Blueberry dari awal usia mampu mengurangkan tahap kolestrol, menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko kanser.
➤ Anti Penuaan
➤ Anti Oksidan
➤ Mencegah jerawat
➤ Akar rambut subur
➤ Melambatkan rambut beruban

Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnya. bolehlah cuba buat. stok blueberry pun ada lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

      Delete