Ticker

6/recent/ticker-posts

TIPS AMBIL GAMBAR FLATLAY YANG CUN MELECUN!

Hai readers kesayangan..


korang mesti dah familiar dengan "flatlay" kan? as blogger kita mesti kena ambil tau pasal gambar flatlay. why? sebabnya dengan gambar yang cantik lah orang suka datang berkunjung ke blog kita. gambar jadi salah satu subjek utama dalam entri blog. kalau gambar yang korang ambil tak ada pencahayaan, gelap gelita ja, gambar di ambil dari sudut tak cantik.. macam mana readers nak selalu datang kan? selain dari korang ambil berat pasal cara penulisan apa salahnya ambil berat pasal gambar pulak. jangan risau kita boleh belajar. sebab aku sendiri pun masih merangkak nak ambil gambar yang cantik2. dan salah satunya dengan cara "flatlay". 

apa itu flatlay? entri sebelum ni pun aku ada cerita pasal flatlay, sebab aku ada masuk contest fair & lovely, syaratnya kena ambil gambar "flatlay". Flatlay adalah gambar yang di ambil dari angle atas.. bukan bawah, tepi kiri kanan. bukan! tapi dari atas sahaja. so, macam mana cara nak ambil gambar yang terbaik dengan cara ni? meh sini aku nak bagi 5 tips mudah pada korang.. tips ni bukan saja korang boleh guna dalam entri blog, bahkan nak letak dalam instagram pun boleh. baru cun melecun gambar tu!


1. Latar Belakang


paling utama adalah latar belakang gambar. apa yang korang guna masa ambil satu2 gambar tu. benda ni sangat penting tau. kalau latar belakang tak lawa. maka tak lawa lah gambar yang di ambil tu. okay, sebagai contoh korang boleh ambil latar belakang meja putih, board putih, kain, papan kayu atau apa2 saja yang korang rasa kreatif dan nampak kelainan. ambil latar yang simple tapi bila shoot tu nampak boom! lawa habis!


2. Susun atur objek


bab susun atur ni sangat mudah. korang letak la macam mana yang korang rasa kreatif. kalau nak lebih senang, korang letak gambar utama di tengah2, then bahagian tepi2 tu korang letak la objek2 lain sebagai penghias objek utama. korang pusing la macam mana pun janji nampak lawa dimata korang. 


3. Shoot dari atas


sebut ambil dari atas memang mudah kan? tapi tak semudah yang dikatakan. cewah! berpuitis pulak aku. haha. alahh.. cara mudah macam ni je la. kalau korang letak gambar atas meja putih. korang ambil kerusi, haaa berdiri atas tu then snap. baru jelas flatlay tu! hehe


4. Menambah sesuatu yang menarik


time korang nak ambil gambar tu, tetiba macam tak perfect je kan. lebih baik tambah apa2 saja elemen lain. macam masukkan sikit tangan korang tu ke. lagi nampak cantik. eh macam mana tu? panggil la sesapa tolong snap kan pic korang tu. haha


5. Cari Inspirasi sendiri


kalau korang still rasa blur dengan gambar flatlay ni apa kata korang usha2 la dekat tumblr, instagram, pinterest, bloglovin *jangan lupa follow aku di Bloglovin! hehe* dekat website macam tu memang banyak orang buat gambar flatlay. tak salah kan untuk kita usha then ambil ilmu dorang. 

hope tips ni dapat bantu korang! selamat mencuba dan men cun kan gambar di entri blog sendiri. hehe.. 

Post a Comment

14 Comments

  1. Tak pernah cuba amik gambar macam nie.. nanti nak test..

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar flatlay ni tapi mai lemah betul ler. Nanti mesti nmpk bayang...

    ReplyDelete
  3. Good tips! Flat lay style ni memang tengah in. Nice juga but kalau nak ambil gambar macam ni kena ada kesabaran yang tinggi. Hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe..hanya org yg rajin boleh amik gambar mcam ni..irda xrajin n selalu kesuntukan masa..sebab tu gambar asaljadi je..thanks for the tips..insyaAllah slowly learn n praktis

    ReplyDelete
  5. Nampak senang tapi susah nak buat. Siqah tak pandai pun. Bab susun atur objek memang lemahlah. Pastu, objek pun tak banyak. Yang tu jela guna. Hihi.

    Suka tengok gambar flatlay! Cantik semua gambar yang busyra letak dalam post ni :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah berjaya bila amik gmbr flatlay. Huhu. Gambar2 flatlay busyra sume cantik2. Keep it up.

    ReplyDelete
  7. Belajar juga sikit2, tapi takde lah reti sangat. Bagi yang buat biz online pun..nak ambik gambar produk macam ni sgt recommended..baru nampak ohsem...

    ReplyDelete
  8. Mek kadang flatlay atas tikar, atas iron board --' Agaknya kena beli satu kain putih ni untuk flatlay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa mek ni pun ... kalo atas tikar pun boleh agaknya .. kena bentang luas2 ..baru nampak tradisi melayu kita hii

      Delete
  9. Tak mahir lagi nak ambik gambar flatlay ni. Bolehlah praktis nanti. Tq Busyra for sharing!
    lakiterok.com

    ReplyDelete
  10. tengah belajar jugak ni busyra... tengok ke gambar orang shoot cantik siottt

    ReplyDelete
  11. I love flatlay too!!! tapi part paling susah bagi nadia adalah nak susun atur dan angle yang cantik hihii

    nice tips sharing =)

    ReplyDelete
  12. ohh baru tau.. sy pun jeles tgok org yg pandai ambik pic lawa2 nie

    ReplyDelete