Ticker

6/recent/ticker-posts

SHOPPING DI MOOD REPUBLIK KEDAH DENGAN DUIT HASIL JOB REVIEW

Hai semua..


Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelumnya, aku nak share dengan korang barang yang aku shopping di mood republik minggu lepas.. tak banyak pun sebenarnya yang aku shopping, dalam 5 barang seperti gambar dekat atas tu.. di tambah pulak dengan goodies bag yang aku dapat masa majlis perasmian mood republik. ada bermacam-macam goodies bag yang pihak mood republik sediakan, dan alhamdulillah aku dapat sesuatu yang best dan boleh diguna setiap hari. tak salah aku grab goodies bag yang tu. hehe.. gift dalam goodies bag tu semua lain-lain tau. dan aku tak tau la apa yang ada dalam goodies bag orang lain. cuma kawan aku yang pergi sekali tu dia dapat 2 pek susu. tak ingat jenama apa. okay, jom, aku nak tunjuk satu-satu barang yang aku beli..

Dyxy Mineral Face Mist Green Tea


aku first time try beli Dyxy face mist ni. sebelum ni guna jenama lain. apa yang boleh aku katakan pada korang, jenama Dyxy ni memang best! time sembur pada muka tu rasa segar dan bau yang wangi.. aku sembur pada muka time pagi dan malam.. dan before aku pakai krim dan selepas siap pakai bedak semua. then sembur lagi sekali. memang muka nampak licin. if korang yang belum cuba. should try!

Maskara Skinny Microcara


halus sangat bulu maskara ni dan memang best sebab bila kita letak pada bulu mata, bulu mata nampak banyak dan cantik! sebelum ni aku guna maybelline.. saja la nak tukar-tukar.. tapi aku jenis yang jarang guna maskara. time rajin ja guna. time malas tak sentuh langsung. hehe

Huda Beauty Lipstick Matte


Huda lipstick ni memang aku beli untuk readers kesayangan aku.. sapa suka lipstick ni? bagi yang tak pernah cuba lagi, lipstick ni memang matte dan susah sikit nak hilang. tapi bila di basuh lama-lama hilang jugak la.. aku beli 2 warna.. satu warna trendsetter (ala-ala nude) dan satu lagi warna kiss of fire (memang terang gituewww uolss) hehe.. sapa nak angkat ibu jari tangan je. :p memang nak bagi gift pada korang ni..

lagi 2 barang yang aku beli adalah shawl yang dalam gambar dan soft lipmatte Fame (boleh baca dalam entri aku yang lepas).. untuk shawl tu memang best kain dia. mudah bentuk dan tak perlu iron! itu yang penting.. haha. dan lagi satu aku suka sebab warna latar yang soft..

Goodies Bag (Cardigan/Baju) dan Inner scarf


ini gift yang ada dalam goodies bag yang aku dapat tu.. yang warna purple gelap tu adalah baju or cardigan.. boleh pakai mana yang kita suka. kalau nak pakai untuk jadikan dia baju, kena ikat dengan tali yang sama warna jugak dengan baju tu (purple gelap). then if nak pakai untuk jadikan dia cardigan, just lepaskan saja tak perlu nak ikat-ikat bagai.. korang bayangkan la sendiri bentuk rupa cardigan/baju ni.. hehe.. then inner scarf tu senang nak pakai dan warna mustard yang cantik!

itu saja lah barang yang aku shopping di mood republik.. alhamdulillah duit shopping ni adalah hasil dari job review aku.. terima kasih blog kesayangan! <3 dapat juga reward pada diri.. dan ini untuk korang jugak tau..hehe (huda beauty).. okay lah, jumpa lagi. bai! :)


**aku belum sempat nak blogwalking ke blog korang.. nanti aku blogwalking ye. ni pun baru sempat update blog, lepas anak buah aku balik rumah dia dah.. kalau tak, jangan harap aku nak pegang laptop. hehe.. asyik main dengan dia ja..

Post a Comment

33 Comments

  1. Fuyoooo murah rezeki duit job review, banyak barang dapat tu.. Mai belum pernah lg dpt paid job.

    Eh nak buat giveaway ke?!! Nak join nak join..of course nak Kiss of Fire, ahahahaha habaq siap2, kehkehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nnti mai dpt jgk job review k.. :) haaaa, busyra dah agak dah mai mesti suka kiss of fire tu. sebab sllu tngok mai pakai lip warna terang mcm tu. hehe.. cantik. busyra tak buat giveaway mai. busyra nak bg ja pada pengomen tegar di blog ni. tunggu ye, mana tau mai salah satu orangnya. <3

      Delete
    2. Wah top commentator la ni, hahaha good luck everybodiehhhh! Suprise rasa bila camni, hahahaha.

      Delete
  2. wahhhh nak huda lipstick warna nude tu boleh? hehehehe :D
    bestnya pergi mood republik, mesti macam2 ada kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. cantik kan lip warna tu.. nnati busyra nak bg pada pengomen tegar blog busyra, mana tau BV orgnya. tunggu ye. <3 ha aa. mcm2 ada di sana. best! hehe

      Delete
  3. waaa bnyk shoping. minggu lepas x pergi pon mood republik kt kedah tu memandangkan duit tak berapank bnyk n mls nya nak bergerak kalau hujung mnggu ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. shopping benda kecik2 ja ni. ha betul tu, kalau duit x berapa bnyk mmg malas.. tak pa nnti mesti ada buat lg ni mood republik di lain tahun, mungkin masa tu aswa boleh ke sana shopping :)

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki dapat 2 in 1 cardigan. Bestnye. 😘😘

    Seronok pula kak ana tgk Busyra shopping. Teringin nak guna face mist tu sebab selalu juga nampak org dok sembur2 dekat muka. Kena cari juga lepas ni. 😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak ana. :) ha best akak, try la. hehe.. rasa segar ja dkt muka.. mmg tengah femes skrng ni face mist green tea ni. :)

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki berblog.
    HUDA lipstick tu nampak menarik tertarik ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamudlillah :) ye mmg tertarik menarik ni. hehe.. nanti busyra nak bg pada pengomen tegar blog busyra, mana tau Mrs.A orgnya. tunggu ye. <3

      Delete
  6. alhamdulillah rezeki berblog kan. Saya tahu beli shawl atau baju je, barang makeup payah sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) hehe.. kalau shawl tu perempuan mmg tak lari dri shopping kan.. nak ja shawl baru. hehe..

      Delete
  7. Pernah ternampak Dyxy face mist ni viral dekat twitter haritu hehe, berapa ye harga nya Busyra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa, mmg skrng ni femes face mist Dyxy ni. harganya rm49.. kalau beli online plus pos. mybe dalam rm56 kot.. try la ira, best! :)

      Delete
  8. Nampak hasilnya kan... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  9. Macam best je face mist tuu. memang dah selalu usya2 jugak dekat instagram. Banyak jugak hasil dari job review ye. Terbaikkk! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ana, mmg best.. try la.. rasa segar ja time sembur tu. hehe. ye, alhamdulillah :)

      Delete
  10. Replies
    1. try la shesyira, best guna.. warna fame ni pun bnyk pilihan :)

      Delete
  11. Dxyx! Nakk..

    via: http://lalarahim.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. waw! bestnya goodies bag awak. alhamdulillah rezeki.. hehe :):)

    ReplyDelete
  13. wahhhhhh..... bestnya... tak pernah cuba lagi face mist tu..

    ReplyDelete
  14. Semua pun menarik Busyra.. Lipsticks tu memang best! Akak pun guna jenis matte.. Sukalah tengok barang hasil shopping. Terapi minda, hehehehe

    Alhamdulillah rezeki adik manis.. 😍

    ReplyDelete
  15. dah lama nak try liquid lipstick fame tu tapi tu lah, erin tak pakai sangat liquid lipstick ni :/

    http://www.erinazmir.com/

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah, rezeki review 😉 tak pernah try lagi Huda lipstick tu 💄 sy tertarik dgn face mist tu 😄

    ReplyDelete
  17. Wahhh bestnyaaa Busyra shopping!! Hehe.
    Siqah berkenan jugak dengan Huda dan Fame lipstick tu. Macam menarik je.

    Alhamdullilah rezeki Busyra blogging ye. Boleh shopping 😍

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah rezeki tu..
    Berblog pun boleh menjana pendapatan kan Busyra..

    ReplyDelete
  19. wah bestnyaaa ritu terlupa ada mood republik kat kedah huhuhuhuhu timor fest kat seberang jaya pun tak pi sedey.

    ReplyDelete
  20. wahh bestnya. nak jugak lah cuba.

    JOM FOLLOW BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  21. Semua best dan cantik. Nnt nak try juga la Dyxy tu..& yg pastinya lipstick colour sgt ohsem!

    ReplyDelete