Min Kaffe - Kopi Bercampur dengan Garam Buluh bantu menambah tenaga setiap hari

Saturday, June 10, 2017

Hai semua..


baru seminggu tak ber update dah rindu rasanya dekat blog sendiri! haha.. malam ni gagahkan diri jugak untuk buka laptop dan up satu entri untuk tatapan korang.. yang mana sememangnya merindui aku, sila lah komen dengan pantas! hehe.. okay lah, aku nak share dengan korang Min Kaffee yang aku dapat free minggu lepas. nak dijadikan cerita, aku tak pernah tahu pun kewujudan Min Kaffee ni. sampailah satu hari masa dekat office, ada customer nak ambil barang yang dia dah order then dia bagi aku satu kotak Min Kaffe ni. Dia stokis Min Kaffe rasanya. Alhamdulillah rezeki, dia cakap cubalah try.. memang bagus kopi ni.. aku lagi lah excited nak try. sebab yang specialnya adalah kopi ni bercampur dengan garam buluh..apa rasanya?


rasanya serius sedap! aku baru lepas minum ni. sehari sekali je. dalam ni ada 20 sticks. rasanya macam bila korang beli teh ais kan, ada setengah kedai tu, dia letak sikit garam untuk tambahkan kesedapan teh ais tu.. rasa dia macam.. arghhhh aku tak dapat nak explain.. hahaha. korang paham2 sendiri lah.. tapi jangan la bayangkan teh, gantikan bayangngan korang tu dengan kopi.. kalau malas nak bayang, korang, order terus lah! rasa sendiri. hehe.


dalam kotak Min Kaffe ni ada story sikit pasal garam buluh. so, sambil2 minum tu dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan am. haha.. if korang rasa badan korang tu lemah, lesu tiap hari, boleh lah try ye. banyak lagi kelebihannya.. apa yang aku tau. kopi ni memang sesuai jugak untuk korang yang nak kurus, sebabnya ia rasa kenyang dan elak rasa lapar dari pagi sampai ke tengahari.. harganya aku tak sure la pulak.. rasanya RM35.00 .. korang boleh la try google if berminat nak beli.. tapi bagi aku, kopi ni the best!


warnanya macam milo pulak.. haha.. sedappp! tak manis sangat, tak tawar sangat.. sederhana! mybe ada di antara readers aku ni dah pernah try Min Kaffe ni? siapa pernah? meh la share experience korang dekat komen!

6 comments

  1. <<<<<<Coffee lover!

    Sedap pula tengok. Betul tu, campur garam utk rasa lemak2 gitu, tp sikit je letak. selalu letak dalam bandung.

    ReplyDelete
  2. minn kafe ni sedap,tapi tak se umphh nescafe la..cuma dia bagus untuk mereka yang nak sihat..hehe

    ReplyDelete
  3. Famous Minn Kafe ni Busyra tapi akak masih belum pernah rasa walaupun akak penggemar kopi tegar.. In shaa Allah mungkin satu hari nanti akan cuba juga.. :-)

    ReplyDelete