PULAU PANGKOR, PULAU PERCUTIAN YANG GEMPAK

Pulau Pangkor, Pulau Percutian yang Gempak | Hai.. untuk post kali ni, busyra nak share sikit tentang bestnya Pulau Pangkor supaya korang teringin nak pergi ke sana. hehe.. First of all, Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Pulau Pangkor merupakan antara salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia dan sememangnya pulau percutian yang gempak! Selain Pangkor, korang pun tau kan Perak merupakan negeri yang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik seperti Zoo Taiping, Bukit Larut, Taman Tema Lost World of Tambun, Teluk Batik, Lumut dan Ipoh.

pulaupangkor, pulaupercutianyanggempak,
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang sememangnya ramai orang suka pergi untuk bercuti dan tenangkan diri dari stress. Ia adalah sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Di antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Kota Belanda, Teluk Nipah, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan lain-lain lagi. Pulau ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki ataupun menggunakan kenderaan. Air laut yang hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing. Terdapat juga gugusan pulau-pulau yang ada di sana iaitu Pulau Giam, Pulau Mentagor dan Pulau Pangkor Laut. Tarikan yang ada di Pulau Giam adalah korang akan dapat lihat batu-batu yang membentuk seperti penyu, buaya dan lain-lain lagi. Di Pulau Giam juga korang boleh melakukan snorkeling sebab dekat situ ada pelbagai kehidupan laut yang menarik.
pulaupangkor, pulaupercutianyanggempak,
Untuk sampai ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit saja.. Untuk pengetahuan korang, sejak 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Jadi korang tak perlu la nak fikir pasal tambang mahal ke tak sebab rm10.00 je, memang murah kan. Korang siap boleh tolong bayarkan tambang kawan-kawan sekali! haha.. Tapi kalau dari KL, korang boleh menerusi Lebuh raya Utara Selatan, ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut atau Sitiawan. Di Pulau Pangkor, korang boleh sewa kereta untuk drive sendiri ataupun korang juga boleh naik teksi kalau malas nak drive. Alternatif lain, korang boleh naik bas untuk pusing-pusing satu pulau ni dengan hanya RM 40.00 saja untuk seorang. Memang jimat bercuti di Pulau Pangkor ni.
Bila dah pergi sana, korang mesti la nak cari tempat untuk korang stay kan. So busyra syorkan, korang boleh lah cari hotel-hotel atau resort-resort yang terdapat di pulau ni melalui website Traveloka. Ramai juga pelancong yang menginap di Purnama Beach Resort. Korang just book purnama beach resort online on Traveloka untuk dapatkan the best deal!
pulaupangkor, pulaupercutianyanggempak,
Resort ni memang best! First, harga setiap bilik sememangnya murah, range harga bilik dalam RM90-200 saja. Terdapat smart chalet, standard chalet, villa dan deluxe chalet. Dalam smart chalet tu, boleh stay dalam 2 orang dan untuk smart villa dan deluxe chalet, boleh muat dalam 4 ke 5 orang dengan harga yang murah macam busyra cakap tadi. Pakej chalet ni tidak termasuk breakfast tau.. Contohnya kalau harga dalam RM200, korang share lah dengan kawan-kawan korang, lebih jimat dan murah! Korang jangan risau tak jadi masalah pun kalau chalet tu tak include breakfast sebab korang boleh je cari breakfast di sekitar pulau tu, macam-macam ada. Banyak kedai makan yang ada dekat sana. Busyra ada buat research untuk korang before book resort ni, banyak review yang baik dari customer-customer yang dulu. Average rate untuk resort ni dalam 7.9 ke 8.1 per 10. Agak memuaskan kan? Okay la tu..
Selain dari tu, resort ni juga menawarkan pelbagai aktiviti yang korang boleh buat seperti berkayak, island hopping, jungle trekking, memancing. Korang juga boleh book van untuk pusing-pusing pulau dan harga dia dalam RM100 untuk 10 orang. 
pulaupangkor, pulaupercutianyanggempak,

Okay, so ini lah serba sedikit cerita yang busyra boleh kongsikan dekat korang pasal Pulau Pangkor ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang kena la pergi ke pulau pangkor dan timba experience sendiri. Have fun di sana ye! Jangan lupa share dengan busyra kalau korang dah sampai ke sana. 

19 comments

  1. wah menarik , ccl suka bercuti tempat peranginan macam ni bebas dari kesibukkan kota

    ReplyDelete
  2. kita dah pergi pulau pangkor..best sangat2

    ReplyDelete
  3. akak dah pernah g pangkor..mmg best walau pun duduk resort biasa2...maybe next time blh try stay kat Purnama ni.. Tioman pun dah pernah pegi..mmg cantik giler...next dlm angan2 Pulau Perhentian & Pulau Redang tp entah biler..ekeke

    ReplyDelete
  4. Pangkor pun wishlist kak ana juga. Memang ada plan nak ke sana. Boleh lah masukkan purnama beach resort ni dalam accommodation list. Tgk rating pun tinggi org bagi tu. Mesti servicre dia terbaik. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  5. Akak pergi Pangkor ni masa baru kawin dulu, yang kelakarnya sampai sana tak tau nak tuju mana pastu balik balik ke Lumut. Buat penat aje :)

    ReplyDelete
  6. bestnyer pangkor...purnama beach resort bestlah..harga pun berpatutan sangat...bolehlah save date camni...

    ReplyDelete
  7. Adoiii lawanya pulau pangkor. Teringin nak pergi. :(

    Btw, good info busyra darling ;)

    ReplyDelete
  8. Cantiknyaa. Teringin nak pergi Pangkor ni :)

    ReplyDelete
  9. dah lama saya tak ke pulau pangkor.. rindu nak bercuti di pulau

    ReplyDelete
  10. teringin jugak nak ke Pulau Pangkor ni. Nanti kalau pergi boleh stay sini.

    ReplyDelete
  11. tak penah sampai lagi pulau pangkor, teringin juga nk k sana

    ReplyDelete
  12. mek tk smpai lagi. sedihh. lame giler dah plan nk pulau tp bile dh ade ank terkubur lerr nk pegi pulau buat sementara waktu nii

    ReplyDelete
  13. Pernah pergi Pangkor masa study dulu. Dah lebih 10 tahun, mesti banyak dah perubahan. Anak pun dah dua. Mungkin dah boleh revisit Pangkor balik ni. Hihihi....

    ReplyDelete
  14. tempoh hari dah pergi sana... best. keliling pangkor tu . bnyak monkey ahahaa

    ReplyDelete
  15. Saya dah sampai sini... boleh beli ikan bilis ni...

    ReplyDelete
  16. last pegi pangkor ms form 5...lps tu tk kesempatan nk pegi lg

    ReplyDelete

prev
next