Semalam dah kali ketiga busyra dan akak busyra try and error buat crispy choco jar. buat experimen sikit! hehe. Sebelum ni beli je dekat agen-agen yang jual choco jar ni. Mahal jugak sebalang besar RM10.. Dalam hati ni, ala mudah je nak buat choco jar ni. letak coklat dan bubble rice je pun dalam jar tapi hakikatnyaaa susahhh! serius cakap. kalau tak pandai buat jangan cakap besar busyra. haha.. lemau habis kau punya bubble rice tu. tak pun coklat keras tak sedap!
Dari 2 kali buat sebelumnya tu, ni kali ketiga cuba baru menjadi dengan jayanya! yang penting bubble rice tak lemau dan coklat sedap! jimat pun jimat, puas pun puas makan! busyra memang suka gila dengan choco jar ni. kalau tengah layan movie tu, mulut nak mengunyah je kejanya. haha
Bahannya memang sangat simple lah kan.. Coklat, Bubble Rice dan Jar or apa-apa bekas yang ada.. tapi busyra memang suka guna balang kaca. nampak lebih proper gituuu.. hahhh kau nak makan pun nak proper. hehe.
Ada 6 balang kaca untuk resepi choco jar ni dan 1 bekas bubble rice.. busyra terlupa nak snap pic plastik bubble rice ni. korang boleh beli dekat kedai bahan-bahan bakeri, mesti ada.
Caranya adalah goreng terlebih dahulu bubble rice ni tanpa minyak tau! jangan letak minyak pulak. haha. goreng dengan api kecil. Bila dah rasa rangup tu, boleh angkat dan biarkan sekejap sebelum dimasukkan dalam balang. Jangan terus masukkan tau, sebab panas.
Untuk masak coklat pula, busyra gunakan coklat cadbury.. nak buat makan boleh la guna coklat sedap sikit. kalau nak buat jual selalunya penjual akan guna coklat compound. pun sedap jugak! Masak coklat menggunakan kaedah double boiler. dan Tips untuk menyedapkan coklat adalah masukkan 2 sudu minyak masak terlebih dahulu sebelum memasukkan coklat ke dalam periuk. Busyra tak guna mentega. sebab before ni dah try guna. tapi tak menjadi.
Lepas coklat dah masak, biarkan seketika. Jangan terus masukkan coklat dalam balang yang dah berisi bubble rice ye. Sebab kalau masukkan juga, itulah yang buatkan bubble rice tu jadi lemau! tak sedap. Bila coklat dah sejuk barulah tuang ke dalam balang.. layerkan bubble rice dan coklat.
Siappp! dapat 6 balang kaca even tak penuh sangat. hehe. Busyra tak masukkan pun dalam peti sejuk. letak suhu bilik biasa saja. dan bila nak makan tak perlu pun nak panaskan semula supaya coklat tu cair. Just terus makan saja! Sebab ada sesetangah coklat perlu panaskan semula jar tu sebelum dimakan. maybe penggunaan coklat yang berlainan. Jadi busyra sarankan kalau nak buat untuk makan dirumah saja, gunalah coklat cadbury. sedap sangat sangat.. dan coklat cadbury tak mengeras bila simpan lama. sentiasa cair.
Nampak je kan macam coklat tu sikit before kacau. tapi bila dah kacau sebati dengan bubble rice tu.. coklat meleleh weyhh!! rasa coklat dan rangup bubble tu yang sedap! Busyra dan akak busyra sebenarnya mencari bubble rice warna putih, tapi di kedai tu habis pula. then terpaksalah beli yang warna koko.
Yang belum cuba, Selamat Mencuba! Ikut cara masak yang busyra bagi tu tau, confirm choco jar korang crispy dan tak lemau!
98 Comments
Comelnya botol yang busyra guna ni. Beli kat ane? Senang je nak wat rupanya
ReplyDeletebusyra beli kedai 2 ringgit je akak.. hehe
DeleteLepas masuk minyak masak tu terus masukan coklat ke
Deleteye betul. terus masukkan coklat. :)
DeleteSis sy dah try..tapi sy letak coklat dulu baru letak minyak..mmg tak menjadi la..keras coklat tu..paksa buat balik😅
Deletemeleleh ni!!buat hal ni busyra!resipi wajib cuba ni!!hahahha
ReplyDeleteNi boleh jadi menu sarapan mudah ni... senang dibawa lagi bila dalam bekas macam tu...
ReplyDeletepernh mkn sbb menang contest...tp tkpernh tyr la buat sdiri
ReplyDeleteSedapnya jadi kan kudapan masa tgk tv ni. Comel sgt jar tu busyra. Colorful lagi. Nak try buat juga lah. Syafi mesti suka.
ReplyDeleteWah..nikmat ni...alhamdulillah tahniah berjaya diketiga kali ya Busyra..
ReplyDeletedah lama tak makan crispy choco jar, dulu memang ramai yang menjualnya
ReplyDeletemesti sedap sangat ni kan
ReplyDeletesenangnya nk bt boleh cuba. xpayah beli dh
ReplyDeletebusyra beli mana ni , comel la jar dia ..lain dari yang lain ..lepas makan jar tue boleh simpan
ReplyDeletejar tu busyra beli kedai 2 ringgit ja CCL.. hehe. mmg comel bekas dia.
DeleteBusyra, kalau kita dah gaulkan then tinggal for an hours la katakan kan. Memang dia akan jadi lemau ke? Sebab kita dah gaul?
ReplyDeletetak lemau qilah.. still rasa sama mcm tu. rangup. aqilah time buat tu jangan letak terus coklat panas2 dalam bubble rice.. biarkan sejuk baru masukkan coklat. memang rangup tu tahan lama.
DeleteDekat area mana ea nak dpt bottle tu?T.T
Deletesy beli di kedai rm2.. di kedah ada kedai ni, kalau negeri lain sy tak pasti awak.
DeleteSalam busyra , nak tnye , smlm saya try buat , saya tak letak chocolate lg , tp dia dh lemau , knp ye ?
DeleteWasalam wanie, maksud awk bubble rice tu ke yg lemau? awk rasa dulu tak before buat tu. sbb kadang time beli dikedai bubble rice mmg dah lemau. maybe yg lama. dan pastikan lepas ok rasanya tu, awk boleh sangai/ goreng sekejap supaya rasa dia lebih rangup dan sedap. :)
DeleteBekas kaca / jar tu slalu org jual kt mna.. .
ReplyDeletesy beli dkt kedai 2 ringgit ja.. :) tp rasanya dkt mr diy pun ada bekas kaca mcm ni..
DeleteKalau letak butter jadi mcm mana ye awak ?
ReplyDeletesy pernah buat letak butter then bubble rice tu cepat lemau.. letak minyak takpe. :)
DeleteChocolate cadbury guna berapa bar utk 6 balang tu?
ReplyDeletesy guna 2 bar besar saja. :)
DeleteKalau rajin sume pun jadi kan... byk jimat & puas makan. Tq dik sbb sharing
ReplyDeleteKalau biar lame, coklat tu keras smule x?
ReplyDeletetak keras pun awk. sy simpan dlm seminggu pun coklat masih sama. tak perlu panaskan lg. tapi tu untuk coklat cadbury. kalau guna coklat lain sy kurang pasti :)
Deletesis guna cadbury bar 1kg ke ?
ReplyDeletesy guna cadbury yg besar tu. (2 bar) ..sy tak pasti berapa kg. :)
DeleteSis , 2 bar , 2 sudu minyak ke
Deleteye betul. tapi jangan sampai penuh sudu tu.. ala-ala saja.
DeleteBushra beli kat mne ye jar tu. Comel sgt! Coklat cairkan guna minyak ok je kan. Kalau butter nnt keras btul x
ReplyDeletebusyra beli dkt kedai rm2 ja intan.. hehe.
Deleteye betul. cairkan dgn minyak. kalau guna mentega jd keras dan bubble rice cepat lemau.
Klau campur coklat kompaun n cadbury sedap x, bubble rice tu nk kena sangai brp lama
ReplyDeleteboleh jgk. cuma awk kena pandai pilih coklat kompaun yg sedap. ada pelbagai jenis coklat dkt kedai. bubble rice tu sy agak-agak saja. tengah sangai tu awk rasa la satu, kalau dah rasa krup krup tu. kira cun la tu. hehe.
Deletehi sis dah try buat ke coklat kompaun+cadbury? mcm mana kejadiannya? share sikit sy ingat nak try campur juga sb dah terbeli coklat kompaun.
DeleteThank you dor the sharing
ReplyDeleteCoklat cadbury tu .. bila nk sejuk dy jd mcm texture x cair ya? Ke belum ready lagi coklatnye sy dh tutup api? Need ur help
ReplyDeletekalau awk guna coklat cadbury tanpa campuran coklat kompaun lain, coklat akan sentiasa cair. walaupun seminggu choco jar disimpan.
Deletedan untuk masak coklat pula (jangan lupa tambahkan sedikit minyak masak), bila coklat dah betul2 cair atas api, awk boleh tutup api dan biarkan sekejap coklat tu. jgn masukkan time betul2 panas.
Colat kalau simpan lama dalam jar tak akan keras lah??
ReplyDeletetak. asalkan awak guna cadbury. kalau coklat lain saya x pasti. sbb ada coklat mmg keras klau simpan lama
Deletebusyra coklat cadbury tu yg jual kt psaraya tu ke?? yg ada nuts semua tu?? atau cadbury yg mmg khas untuk buat choco bar tu??
ReplyDeleteiye betul, cadbury bar. dekat pasaraya ada je ina. cadbury yg biasa. jgn beli yg ada nuts tau. yang kosong je tak ada apa2.
Deletecomel botol
ReplyDelete"2 sudu minyak masak"...sudu makan tu ke? atau sudu tea
ReplyDeletenak tanya...sudu yang digunakan tu sudu makan ke atau sudu teh..(yg nak letak minyak masak tu)
ReplyDelete2 sudu makan/besar. Tp jgn terlalu penuh ye.
Deletenak tnye ,, 2 sudu minyak utk brape gram chocolate ?
ReplyDeletenk tnye ., 2 sudu minyak utk berage gram chocolate yg digunekan ?
ReplyDeleteNak mudah, coklat bar cadbury yg besar tu pakai sesudu minyak.. Kalau 2 bar, 2 sudu...
Deletesye gune 2 sudu myk utk 500gram white choclate compound ,, buble rice ok xlemau lpas digoreng ,, tp choclate agk keras sikit .
DeleteTq ain, sudi jawabkan <3
DeleteTo Heldy: Penggunaan coklat kompaun kena tengok pada jenama nya. ada jenama yang okay. sy tak berapa pasti yang tu. awk boleh try guna cadbury atau mix kan cadbury dan coklat kompaun. Sy dah pernah guna coklat kompaun dan hasilnya sama macam awk buat. agak keras :)
Awakkkk...tq jadi juga.. First buat mmg gagal.. Lepas google "kenapa coklat tak cair dan bubble rice lemau" baru jumpa link awak.. Hahahhaha setepek sama cam saya, pakai cadbury je sebab taknak susah beli bahan untuk bancuh coklat sedap.. Atas nasihat awak supaya goreng kejap then pakai minyak utk cairkn coklat. Mmg jadi...
ReplyDeleteAlhamdulillah ain.. finally and yeayyy!hehe. kannn.. nak senang guna cadbury saja, sebab ramuan cadbury memang dah sememangnya sedap. tq sudi follow resepi sy. <3
DeleteAssalam Sis,
DeleteKalau letak coklat nya dulu, baru minyak, Boleh??!
Kalau simpan lama balang tuu dalam suhu keadaan bilik . rasa dia masih sama kaa ? Coklat tak keras ? Rice tak lemau ?
ReplyDeleteye. sy simpan dalam seminggu. bubble rice dan coklat still sedap. rasa sama mcm baru buat. sy guna coklat cadbury. coklat lain sy x pasti :)
DeleteKalau untuk niaga oke tak pakai cadbury punya?? I mean ad untung tak busyra??
ReplyDeleteBusyra coklat cadbury brapa rm ye awk beli n brapa kg?? Kalau utk niaga ad untung tak ye pakai cadbury punya??
ReplyDeletesy guna cadbury yg biasa punya. x besar sngt dan tak kecil sngt.. (2 bar) untuk 6 balang tak penuh macam dalam gmbar yg sy tunjuk tu (sbb balang sy guna tu besar). sy tak pasti berapa kg. :)
DeleteUntung juga sy rasa. cuma untung tak banyak mcm guna coklat kompaun (timbang)..
2 sudu minyak tu , sudu besar ke kecik? minyak masak ke u ???
ReplyDeleteye betul. minyak masak.. 2 sudu besar dear.
DeleteKalau letak dalam bekas plastik lemau ke?
ReplyDeletesaya tak pasti yg tu awk. tp untuk elakkan jd lemau better letak dalam bekas kaca. :)
DeleteBoleh je letak dlm plastik container asalkan penutupnya ketat.
DeleteKaedah double boiler tu cmna
ReplyDeletekaedah double boiler ni adalah cairkan coklat dengan cara awak letakkan coklat dalam 1 bekas dimana bawahnya tu ada periuk lain yang berisi air tengah mendidih.
DeleteSaya dh buat gune coklat kompaun.. Tp lama2 coklat tu keras.. And buat lagi skali.. Kali ni tmbh coklat cadbury sikit.. Tetap keras jgak bila smpan.. Macam mane nk bagi coklat tu cair? Ad cara tk utk tk nak bagi coklat mengeras
ReplyDeletemungkin disebabkan penggunaan jenis coklat kompaun. sy tak pasti sbb sy guna smua coklat cadbury. tapi awak boleh try tips masukkan minyak masak 2 sudu. ataupun mungkin coklat awk guna tu mmg cepat mengeras. its okay. awk boleh saja rendam botol tu dlm air panas (10 minit) sebelum makan.
Deletekalau letak dalam bekas biasa memang jadi lemau ye ?
ReplyDeleteawk kena letak dlm botol kaca. :)
DeleteMemang tengah viral choco jar ni kan.. senang je buat rupanya.. thanks for sharing..
ReplyDeleteMasa masuk minyak kena tgu minyak panas br masuk coklat cadbury ke? Atau x yah tgu panas pun minyak nye? Hahaha
ReplyDeletehehe. tak panas pun tak pe awak. masukkan saja. nnti kacau2 sekali dengan coklat. Minyak masak tu untuk mnyedapkan lagi rasa coklat.
DeleteTerima kasih bagi resepi👍👍
ReplyDeletesama- sama :)
Deletesalam.sy baru nak cuba ni letak olive oil dan nutella tapi cane cara nak panaskan dia?
ReplyDeletewasalam. hai.. guna kaedah double boiler iaitu cairkan coklat dengan cara awak letakkan coklat dalam 1 bekas dimana bawahnya tu ada periuk lain yang berisi air tengah mendidih.
DeleteSis sy nak tanye la sis guna coklat ape je ye.sy takut terbeli coklat yg pahit pulk,sy x pandai sangat pilih coklat ni
ReplyDeletesy guna coklat cadbury.. memang sedap. beli yg biasa punya (yg x ada badam atau campuran lain)
Deletesalam sis..saya dah cuba pkai cadbury..rice still lemau walaupun saya dah seal guna solitep supaya xmasuk angin..knapa ewh?
ReplyDeletewasalam :) ada tak salah satu dibawah awak tak buat?
Delete- sangai (goreng tanpa minyak) bubble rice sekejap (untuk lebih rangup)
- masukkan 2 sudu kecil minyak masak (semasa masak coklat)
- Biarkan sekejap coklat selepas masak (jangan terus masukkan dalam bubble rice)
- guna bekas kaca (macam yang sy guna tu)
Semoga membantu awak ya. :)
bila kita dah cairkan coklat masakan dgn minyak..biarkan sejuk sedikit and then gaul semua bubble rice dlm coklat...then masuk dalam cup plastik...tapi boleh ker coklat tu tak mengeras?minyak dah campur juga masa cairkan coklat...saya nak tau cara tak nak bagi coklat tu terlalu mengeras dlm container tu.minta tunjuk ajar yer.tq
ReplyDeleteHai. :)
DeleteFirstly, awak kena masak coklat guna kaedah (double boiler), kemudian bila coklat dah cair baru masukkan 2 sudu kecil minyak masak.
untuk buat choco jar, kita tak perlu gaul semua bubble rice dengan coklat. (hanya tuangkan saja coklat dalam bekas yang berisi bubble rice)
guna coklat cadbury (sentiasa cair dan sedap)
guna bekas kaca.
Semoga membantu awak ya. :)
Main agak agak ke mnyak dgn coklat tuh.. Satu plk besar coklat due sudu mnyak ke
ReplyDelete2 bar coklat cadbury = 2 sudu minyak (agak-agak je)
Deleteyang paling terbaik masa masak coklat didihkan air bila menggelegak api tutup..dan baru letakkan bekas almminium di atasnya tanpa bekas menyentuh air mendidih...baru letak coklat dan sikit minyak...baru cantik...
ReplyDeleteya betul.. terima kasih sudi brkongsi tips :)
DeleteCoklat ape eh yang sesuai kalau nak jual ?
ReplyDeletesy tak pasti kalau nak menjual.. paling terbaik cadbury. tp tak sesuai untuk buat jual, mahal kan. awk boleh beli beberapa brand coklat bar dan cuba.. try & error.. nanti awk akan jumpa resultnya.. :)
DeleteKenapa saya guna coklat kompaun jadi keras?
ReplyDeletetak smua coklat kompaun sedap dan sesuai untuk buat choco jar.. awk kena try & error.. beli beberapa brand dan cuba. sy tak boleh nak suggestkan sbb stakat ni sy cuma try cadbury. :)
DeleteKalau guna choco crunch, kene sangai tak?
ReplyDeletesy tak pernah try lg. tapi pernah terbaca satu website yang dimana choco crunch juga kena sangai untuk rasa yg lebih rangup dan tahan lama. harap membantu :)
DeleteMcm senang tp xpernah lg try. Kne try jgk ni. Nama abah kita sma lh. Hihi tq utk resipi.
ReplyDelete