Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Koleksi Resepi Kuih Raya yang senang nak buat

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

5 Koleksi Resepi Kuih Raya yang senang nak buat | Hai, Assalamualaikum.. Masa yang terluang ni, busyra himpunkan 5 koleksi kuih raya untuk korang buat. Semua resepi ini diambil dari facebook.


1. Cornflakes Madu 

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-Bahan:

> 500 g cornflakes

> 250 g butter @ 1 ketul yang dah siap pack

> 7 sudu besar susu pekat

> 5 sudu besar gula putih @ gula perang

> 5 sudu besar madu

> 1 sudu kecil esen vanilla

> Coklat urai untuk hiasan

> Optional- boleh juga masukkan ceri atau badam yang sudah dipotong kecil jika suka (gaul sekali bersama cornflakes)


Cara-Caranya:

1. Cairkan butter dalam kuali atau periuk..

2. Bila butter dah cair masukkan susu pekat, madu, gula dan esen vanilla

3. Gaulkan sebati sampai menggelegak

4. Tutup api.. masukkan cornflakes gaul sebati 

5. Masukkan ke dalam cup dan bakar pada suhu 150°c selama 10 minit..atau bergantung kepada suhu oven masing-masing.. Tapi sebelum bakar panaskan oven terlebih dahulu.. Ok siap.

Kredit: Eita Zakaria


2. Semperit Coklat

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

>  250 gm butter

> 3/4 cawan gula ising

> 1 sk coklat emulco (nak warna lagi gelap tambah lagi)

> 2 sb susu tepung

> 2 sb serbuk koko 

> 1 3/4cawan tepung jagung

> 1 cawan 1/2 tepung gandum, tambah sikit-sikit ikut kelembutan doh

> Hiasan: ikut citarasa masing-masing


Cara-caranya:

1. Mula-mula satukan butter, gula dan coklat emulco. Kacau sebati guna senduk

2. Dah sebati butter dan gula tu, masukkan susu tepung, serbuk koko.. Kacau sebati

3. Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan

4. Terus masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil gaul lembut dengan hujung jari hingga rata.

5. Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan dah tak melekat pada tangan dan bekas.

6. Kadang tu kena taburkan sikit lagi tepung gandum kalau doh masih lembik melekat pada tangan. Ikut kesesuaian..  agak-agaklah ye. Tapi ingat, doh jangan keras sangat tau. Nanti susah nak tekan dalam acuan semperit.

7. Dah siap doh bolehlah teruskan step tekan dlm acuannya cantik-cantik

8. Letaklah hiasan apa pun asalkan sesuai

9. Bakar dgn suhu 150°c.. api atas bawah selama 20 -25 minit.. Boleh adjust suhu sendiri mengikut oven memasing.

Kredit: Azlina Ina


3. Tart Nenas tanpa telur

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

> 3 cawan tepung gandum

> 1 sudu besar gula icing

> 250gm butter 

> 2 sudu tepung jagung

> 1 sudu besar susu tepung 

> 1 sudu besar tepung castard


Cara-caranya:

1. Campurkan kesemua bahan tadi menjadi 1 dan boleh dibentuk.

2. Letakkan jem nenas di dalamnya, sapu kuning telur atas tart

3. Bakar 170°c atau bila tart dah nampak kuning keemasan, boleh angkat.

Kredit: Sofia Sarlinie Shukri


4. Biskut Mazola

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

> 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak, lepas tu blender kering)

> 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)

> 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)

> 1 cawan minyak mazola


Cara-caranya:

1. Campurkan kacang kisar, gula icing & tepung gandum gaul sebati 

2. Kemudian masukkan minyak mazola sikit-sikit uli & gaul

3. Kalau dah okay, boleh uli dan bulatkan dia.

4. Hiaskan lebihan kacang tadi & sapukan telur kuning

5. Masak dlm oven suhu 150°c & masa 20min ikut oven masing-masing

6. Siap! tunggu sejuk baru masuk dalam botol boleh dapat 100 biji

Kredit: Layla Hashim


5. Almond Chocolate

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

> Badam panjang - 1 kg

> Milk compound coins - 550 gram (Nak guna dark atau white chocolate pun boleh)


Cara-caranya:

1. Bakar badam pada suhu 170°c selama 10 minit (bergantung pada oven masing-masing)

2. Bila badam dah masak, biarkan badam betul-betul sejuk

3. Sementara tu, boleh sediakan periuk untuk double boil coklat. Masak hingga coklat cair

4. Kemudian, satukan badam dan coklat. Gaulkan hingga sebati

5. Masukkan ke dalam paper cup

6. Sejukkan di dalam peti selama 10 minit. Siap!!!

Kredit: Suhaila Jafar


Post a Comment

6 Comments