Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Daging Masak Hitam Berempah terlajak sedap

resepi mudah, resepi daging masak hitam, daging masak hitam, daging masak pedas, cili kering, jintan manis, daging masak hitam berempah,

Hai semua.. Harini busyra nak share resepi daging masak hitam.. Bahan-bahan dia banyak jugak tapi berbaloi lah sebab sedap! Boleh tambah nasi tau.. hehe. Okay jom start! Resepi ni untuk masak sikit je (2 orang makan) kalau korang nak makan ramai, tambah la bahan-bahan tu..


Bahan-bahan kisar:


3 biji bawang putih

1/2 bawang besar

1 inci halia

6 tangkai cili kering

sedikit air


Bahan-bahan perapan daging:


Daging hiris sederhana nipis (jangan nipis sangat)

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih


resepi mudah, resepi daging masak hitam, daging masak hitam, daging masak pedas, cili kering, jintan manis, daging masak hitam berempah,

Bahan-bahan lain:


1 batang serai (dititik)

Bunga lawang dan kulit kayu manis (kalau ada yang 4 sekawan tu lagi bagus) busyra tak dak pulak time nak masak ni. Jadi masukkan lah apa yang ada, asal boleh.. hehe

1/2 bawang besar (dihiris nipis)

1 sudu besar serbuk kari daging 

1/2 cawan kicap manis (busyra guna Jalen)

1 sudu besar sos plum (kalau nak ganti dengan sos tomato pun boleh)

sedikit serbuk perasa


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak

2. Masukkan serai, bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang besar yang dihiris. Kacau hingga layu.

3. Kemudian, masukkan bahan kisar.. Kacau sehingga cili kering masak

4. Masukkan serbuk kari daging

5. Masukkan daging

6. Kemudian, baru masukkan kicap manis

7. Nampak kuah sedikit pekat masukkan sos plum.. Masukkan sedikit serbuk perasa.

8. Biarkan kuah pekat dan siap untuk dihidang.


resepi mudah, resepi daging masak hitam, daging masak hitam, daging masak pedas, cili kering, jintan manis, daging masak hitam berempah,


Post a Comment

1 Comments