Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Kuey Teow Goreng Seafood

kuey teow goreng basah, resepi kuey teow goreng seafood, udang, sotong goreng,

Resepi Kuey Teow Goreng Seafood | Hai, Assalamualaikum.. Musim pandemik macam ni, apa yang boleh buat stay dekat rumah je la kan. Maka skill memasak akan terus keluar dengan jayanya. haha! Kita masak apa yang ada je.. Korang macam mana duduk rumah? okay ke tu? Jom lah tengok resepi dari busyra.. Esok-esok korang boleh try resepi ni.


kuey teow goreng basah, resepi kuey teow goreng seafood, udang, sotong goreng,


Bahan-Bahan:

1/2 bungkus kuey teow

3 ulas bawang putih (diketuk)

Sedikit taugeh

Udang & Sotong (kuantiti terpulang)

1 sudu besar cili kering (kisar)

2 sudu besar sos cili / sos masam manis

2 sudu besar kicap manis (jalen)

1 sudu besar kicap abc

1 sudu besar sos plum (kalau tak ada boleh skip)

garam/ perasa secukupnya




kuey teow goreng basah, resepi kuey teow goreng seafood, udang, sotong goreng,


Cara Penyediaan:

1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih

2. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar

3. Kemudian masukkan semua jenis sos dan kicap

4. Kacau sebati dan masukkan sedikit air.. Perasakan dengan garam

5. Masukkan udang dan sotong.. Biarkan seketika..

6. Perlahankan api, masukkan kuey teow.. 

7. Akhir sekali, baru masukkan taugeh. Masak jangan sampai layu.. Siappp! Korang boleh hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup..


Post a Comment

3 Comments

  1. Kway teow goreng seafood . Sedapnya . Cili potong ada tak ?

    ReplyDelete
  2. Wahh boleh cuba, semalam kebetulan memang ada beli kueh teow tak plan lagi nak masak apa. Tengok kaedah ini nampak senang.

    ReplyDelete