"Saya Sudah Lengkap Dos Kedua" Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer

Wednesday, June 16, 2021

"Saya Sudah Lengkap Dos Kedua" Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer | Hai, Assalamualaikum.. Thanks korang sebab sudi baca entri ni. Tujuan busyra tulis adalah untuk berkongsi pengalaman buat semua orang yang belum mendapatkan vaksin. Mungkin ada yang dah daftar tapi belum dipanggil, InshaAllah soon. Okay marilah kita mula sesi taklimat tak formal kita.. hehehe


vaksin dos kedua, vaksin dos pertama, sakit ke tak cucuk vaksin, vaksin pfizer, sinovac, astrazeneca, panadol actifast, panadol extend,


Pada 23 Mei 2021, busyra  ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk mendapatkan vaksin dos pertama. Masa yang dinyatakan pada pukul 10 pagi. Semua maklumat ni busyra check dalam aplikasi MySejahtera. Sesampai saja di situ, macam biasa kena check suhu dan mereka akan bagi beberapa helai borang yang perlu diisi. Maklumat dalam borang tu semuanya berkaitan dengan diri kita,  kita ada sakit ke, penah dijangkiti covid ke sebelum ni.. semua pasal masalah kesihatan dannn yang paling penting tandatangan kita untuk persetujuan dicucuk. Selesai isi borang, nurse akan check tekanan darah. If normal, tak ada masalah apa-apa boleh terus ke bilik vaksin. 


Untuk vaksin dos pertama, pengalaman busyra sendiri tak rasa sakit time nurse cucuk tu.. rasa biasa. tiberrr ehhh dah siappp. Selepas cucuk kita akan diarahkan untuk ke satu ruangan untuk berehat lebih kurang 30 minit. Then, nurse check lagi tekanan darah.. kalau dah okay, boleh balik! (Korang akan diberi satu kad vaksin, alaa macam kad nama gitu)


Selepas beberapa jam cucuk, time tu tangan dah mula rasa lenguh-lenguh.. Nak angkat tinggi tak boleh dan bengkak sikit di tempat cucuk. Alhamdulillah busyra tak ambil panadol dan kepala pun tak pening. Memang tak ada effect yang teruk masa dos pertama.. Selesai.. 


Korang boleh tengok video untuk dos pertama!


Selepas 21 hari iaitu pada 13 Jun 2021, sampailah masa untuk dos kedua.. Tempat tak sama, kali ni bertempat di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim, Kota Setar.. Jujur busyra cakap, dekat sini agak crowded. Step semua sama saja macam dos pertama cuma kena banyak bersabar menunggu turn sebab ramai. Check tekanan darah sebelum masuk, cucuk vaksin dan check lagi tekanan darah before balik.. (Korang jangan lupa bawak kad vaksin tau!)  Alhamdulillah semuanya selesai. 


vaksin dos kedua, vaksin dos pertama, sakit ke tak cucuk vaksin, vaksin pfizer, sinovac, astrazeneca, panadol actifast, panadol extend,


Masa busyra balik memang tak rasa apa-apa.. ohhhh lupa nak cakap yang time nurse cucuk tu memang sakit, terasa jarum tu masuk.. maybe salah satu punca sebab busyra tak rilex masa tu.. Busyra tak ambil apa-apa panadol lagi sampailah jam pukul 11 malam, badan dah rasa lain. rasa seram sejuk.. kaki dan tangan mula sejuk. Time tu baru busyra telan panadol.. start dari situ, busyra menggigil, aircond pun tak buka.. sejuk sampai merengkok dan berselimut satu badan termasuk muka.. tak tergambar rasanya.. sejuk dalam orang tua-tua cakap..


Busyra salah sebab tak ambil panadol terus selepas cucuk.. even busyra dah selimut dan badan dah keluar banyak peluh tapi still rasa tak kebah.. Sampailah esok pagi tu, rasa tak okay jugak.. kena air sikit rasa seram sejuk.. Jam 5 petang busyra ambil lagi panadol. Terpaksa untuk kesihatan, kalau tak ambil tak larat.. Alhamdulillah lepas ambil panadol kali kedua, baru badan okay dan tak sejuk dah. Huhhh memang busyra takut sangat nak sampai waktu malam masa tu sebab busyra tak nak dah alami kejadian badan menggigil.


Itulah pengalaman yang boleh busyra kongsikan, lain orang lain tindak balas vaksin dalam badannya.. Macam kawan busyra dia ambil terus panadol sesampai ja dekat rumah. So korang, busyra sarankan ambil panadol cepat tau.. Jangan tunggu lama-lama..


Jangan takut untuk ambil vaksin, kita usaha selebihnya serahkan pada Pencipta


Tahniah anda berjaya baca entri ni sampai habis.. hehehe. thanks! Korang dah vaksin ke belum? kalau belum tapi dah daftar selalu lah check MySejahtera, manalah tau dah sampai tarikhnya.. Kalau yang dah vaksin, share lah pengalaman korang pulak! 


6 comments

  1. "Jangan takut untuk ambil vaksin." Nice! :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...selesai dah yer. Kak Ayu baru 1st dos...suspen gak utk dos kedua ni, but tu la..kita usaha & tawakal..yg lain berserah pada Allah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Busyra dah lengkap dua dos. Kak PC tengah tunggu lagi ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Lega kan Busyra. Kita geng. Akak setuju... Vaksin adalah ikhtiar kita, selebihnya berserah pada Allah...

    ReplyDelete