Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan, 10 malam terakhir ramadan,


Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan | Semua umat Islam mesti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam seribu bulan dengan penuh rahmat dan kemuliaan darinNYA. Malam yang ada banyak kelebihan dari malam-malam yang lain, sebabnya ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Allah...


**Sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.


Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan, 10 malam terakhir ramadan,

✅Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.


✅ Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.


✅ Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.


✅Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.


Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan, 10 malam terakhir ramadan,


Betapa mulia dan agungnya malam Lailatul Qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. InshaAllah sama-sama kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh. Mari sama-sama kita isikan dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. 


Semoga kita semua meraih malam Lailatulqadar. Aamin.

0 comments