Kenapa Blogger perlu ada Rate Card? Penting ke?

Monday, January 15, 2024

Blogger Rate Card, rate card,

Assalamualaikum.. Dah lama sebenarnya aku nak share tentang Blogger Rate Card. Harini baru berkesempatan. Ramai kawan aku bertanya adakah blogger masih relevan zaman sekarang? Jawapan aku selagi masih ada Google, maka selagi itulah blogger masih relevan.. ye kan? Jujur aku katakan sampai sekarang aku masih dapat job dari blog. Banyaknya dari luar negara..


Untuk memudahkan aku berhubung dengan client, pastinya aku akan menggunakan rate card.. Dengan adanya rate card, korang tak perlu lagi nak explain panjang lebar kepada client. Apa yang korang perlu buat hanya beri rate card korang untuk client tengok dan nilai sendiri..


Blogger Rate Card, rate card,


Ini adalah contoh blogger rate card aku.. Apa yang perlu ada dalam rate card ni depends pada korang sendiri.. Nak letak apa pun boleh asalkan hanya satu page.. Client nak tengok yang simple tapi padat.. Korang hanya masukkan isi penting. 

Buat rate card ni sama macam korang buat resume kerja.. Kita nak minta kerja pada client.

Bagi aku rate card memang penting.. Untuk blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog mesti tahu bab ni.. Tapi untuk korang yang newbie, jom sesama kita buat rate card.. 


Banyak apps yang korang boleh guna untuk hasilkan rate card ni.. Antaranya, yang paling popular adalah Canva.. Macam design aku ni, aku buat menggunakan Adobe Illustration.. Korang kalau malas nak buat tu boleh terus order dengan aku. Cas RM15 saja untuk satu rate card..

Aku doakan korang dapat banyak job dari client lepas dah ada rate card.. InshaAllah.. Kita yang kena banyak cari job. Nanti aku nak share dengan korang satu website yang boleh jana pendapatan dengan blog pula..

8 comments

  1. Betul, penting rate card ni. Memudahkan kita dan client juga

    ReplyDelete
  2. Wow, you so kind to share your rate card with us, I read so much about rate card but still confuse is it okay or not for me to this simple or too much in page, see your rate card make me know how to make one! Great sharing

    ReplyDelete
  3. Penting juga ada rate card ni .senang kalau klien tanya

    ReplyDelete
  4. wah..kalau blogger yang memang serius gunakan blog untuk pendapatan memang kena ada rate card ni. saya first time dengar. thannks for sharing

    ReplyDelete
  5. thanks bagi idea...ammi baru first time dengar

    ReplyDelete
  6. Bagus bagus.. terbaik sharing ilmu :D

    ReplyDelete
  7. sy belum buat rate card tp sy buat portfolio lengkap utk bagi klien.. cantik rate card tu

    ReplyDelete