Iced Butterscotch Latte ZUS Coffee

Monday, April 15, 2024

Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,

Hari raya kedua haritu aku dan kakak cuba menu baru dari Zus Coffee.. Disebabkan aku suka Buttercreme Latte, so try lah kan.. Nampak lebih kurang sama ja. Zus keluarkan edisi Butterscotch! Ada 3 jenis menu air. Korang tau tak, time nak order ni kan, outlet ni Pendang dah tak boleh order. Dah full.. Gila lah penangan raya.. Jadi aku order di Simpang Kuala, Alor Setar. Kebetulan lalu disitu, boleh lah terus selit order..


Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,
 
Iced Butterscotch Latte. 3.5/5 rating. Aku lebih suka Buttercreme Latte. yang tu aku bagi 4.5/5.. Bukan cakap tak sedap cumanya ia agak manis. Aku jenis tak suka coffee yang manis. Biar pahit-pahit sikit tak pa.. Korang dah cuba ke belum? Kalau pendapat kakak aku dia suka. Lain orang lain tekaknya kan..

Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,

Tukar Dairy milk ke Almond milk.. Aku memang akan tukar jenis susu kalau beli di Zus.. Almond milk rasanya lebih berlemak berbanding dairy milk yang hanya susu biasa..

Korang kenal tak Izzati Suza.. First time aku kenal selepas beliau collab dengan Zus. Semua kartun jenis ni semuanya dari Izzati Suza. Lukisan kartun yang unik dan menarik perhatian orang yang tengok.. Haritu sempat juga lah grab sampul raya edisi beliau.. Cantik sangat!

2 comments