Sedap Kerabu Maggi di Kin Arai Restaurant Jitra

 
Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Aku memang ratu kerabu maggi. haha.. Bagi la kerabu maggi time bila pun tak pernah tolak.. Aku akan compare kedai mana sedap, rasa apa yang kurang.. Nama ja orang melayu tapi tekak siam.. hehe. Makanan thai memang carta no satu.. Lunch baru-baru ni aku try kerabu maggi di Kin Arai Restaurant Jitra.. Tengok dalam Tiktok nampak orang makan sedap.. So kena try sendiri, betul ke sedap.


Portion dia banyak, tak kedekut bahan.. Udang dan sotong semua besar.. Aku ambil kerabu maggi seafood..sedap wei 4.5/5.. Ada rasa masam, manis, pedas.. Semua cukup.. Satu pinggan boleh makan dua orang..

Order sangkaya!.. Roti dia lembuttt! Korang kalau mai sini wajib try sangkaya juga. Aku suka cara dorang plating.. Cantik dan kemas..

Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Pulut mangga ni kawan aku order.. Aku tak suka sangat.. Tapi mangga dia fresh. Aku rasa sesuap. Mangga dia sedap cuma pulut dia kalau boleh lembutkan lagi, lagiii sedap..

 

Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Kalau nak compare teh ais dengan kopi dia, aku lebih prefer kopi.. Sedap! Teh ais tu manis sangat, kena biar lama sikit baru boleh minum.. Kopi dia secukup rasa! 4/5.. of course aku paling suka packaging nya, nampak mahal dan exclusive..


BACA SINI : LEPAK DI ART NATURE GALLERY CAFE ALOR SETAR


Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Dekat sini ada macam-macam lagi menu. Dari nasi, tomyam, daging bakar.. semua lah.. Banyak betul menu dorang.. Ini kali ke empat rasanya aku ke sini.. Pernah try tomyam dia.. pun sedap! Tomyam dia lain dari yang lain. First time aku rasa tomyam macam restoran dorang..


Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

📍15, Jalan Seri Tunku 1, Plaza Seri Tunku, 06000 Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Jumaat (1.00 petang - 11.00 malam)

3 comments

  1. perkataan Kin Arai tu mcm sebutan Thai.. Arai tu kalau x silap ldy maksudnye sedap.. entah betul entah tidak.. xstudy betul2 bahasa ni walaupun selalu dengar

    ReplyDelete
  2. CCL selalu jugak repeat makan kat sini . Memang majoriti semua makanan sedap-sedap memang kena dengan selera tekak CCL .Bila dah sedap of course laa kena repeat lagi .

    ReplyDelete