Selamat Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Thursday, May 16, 2024

 
Selamat Hari Guru 2024,

Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia.. Kakak dan abang ipar aku sendiri adalah seorang pendidik. Aku tengok sendiri penat lelah dorang bertungkus lumus mengajar. Bahkan bukan tu saja hari cuti pun kena ke sekolah sebab ada program itu dan ini.. Bagi aku selain mak dan ayah kita, guru adalah orang yang banyak kenalkan kita tentang dunia dan pengajaran hidup.. Bukan hanya mengajar semata-mata..

Rindunya aku pada cikgu-cikgu sekolah yang pernah mengajar dulu.. Ada yang dah pencen dan ada yang masih kekal disekolah yang sama. Hanya usia yang berubah tapi mereka masih tetap sama. Rumah aku pulak dekat dengan sekolah. Lagilah mengimbau kenangan lama.. 
 
Selamat Hari Guru 2024,

Sempena hari guru ni, kakak aku minta siapkan button badge untuk dia beri pada guru-guru yang lain.. Tema Hari Guru tahun ni adalah "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani".
 
Tengok lah cikgu-cikgu pakai di baju
 
 
Selamat Hari Guru 2024,

Selamat Hari Guru 2024,

Semoga semua guru diberi kesihatan yang baik dan dapat terus mengajar dengan lebih semangat lagi!

3 comments