Sarapan pagi di Mee Sham Roti Doll, Pantai Johor

Pagi tadi singgah di Mee Syam Roti Doll, Pantai Johor.. Dulu time kerja di ofis lama selalu juga ke sini. Lepas pindah, lama tak jejak kaki.. Harini mengimbau kenangan lama. hehe. Nak makan maggi goreng tapi tak dapat juga sebab datang awal sangat. Restoran Mee Sham memang terkenal di kawasan Alor Setar. Tambah pula pekerja yang bekerja area Anak Bukit, dah serasi..

Mee Sham Roti Doll, Pantai Johor, Restoran mamak alor setar,

Order roti canai, nasi kandar dan capati (tak sempat ambil gambar, dah makan).. hehe. Lapar sangat pagi tadi.. Disebabkan badan kejap panas kejap sejuk, so kita order air barli panas. Segar rasa lepas minum.. Alhamdulillah.. Korang kalau ke sini wajib cuba nasi kandar dia.. Memang sedap! 4/5.. 

Mee Sham Roti Doll, Pantai Johor, Restoran mamak alor setar,

Roti canai dia lembut.. kalau betul-betul lapar, makan satu tak cukup. Capati pun sedap, ada kuah sardin! 4/5 rating.. Kombinasi roti canai dengan teh o panas memang surrr..

Mee Sham Roti Doll, Pantai Johor, Restoran mamak alor setar,

Restoran ni bersih dan selesa.. kerusi meja pun banyak.. Kalau musim cuti sekolah lagi ramai lah jawabnya.. Ni pun aku sampai pukul 8 dah ramai.. Cumanya masih ada tempat duduk. Restoran ni buka seawal 7 pagi.

Mee Sham Roti Doll, Pantai Johor, Restoran mamak alor setar,

📍Mee Sham Roti Doll, 05150 Alor Setar, Kedah (boleh je waze)

⏰Buka setiap hari kecuali Jumaat(7.00 pagi - 8.30 malam)

5 comments

  1. So roti dol tu yg mana .. ke nama owner dia dol hihii...

    ReplyDelete
  2. amboi dik, pagi pekena nasi kandar naa hehe :)

    ReplyDelete
  3. Aisssh, rinduuuu nak makan canai 😍😍😍. Inilah yg selalu saya cari tiap balik KL atau Penang kak. Sebenarnya lebih suka roti telur. Tapi canaipun sukaa. Canai, roti telur, dan nasi lemak. Kalo 3 ini dah dicoba, baru cari kuliner lain di Malaysia 😄

    ReplyDelete

next