Assalamualaikum..
Sejak aku pindah ke tempat kerja baru, aku dan diba memang dah set setiap minggu wajib jumpa untuk elakkan awkward bila lama tak jumpa. Bukanlah perlu makan-makan bila jumpa. Minum kopi pun dah cukup memadai sambil story kisah kehidupan. gituuu.. kami plan memang nak khatam semua kedai kopi di Alor Setar. haha. gurauu!
Nak cari cafe De La'te Coffee ni memang kena guna waze. Kalau tidak sampai kesudah tak jumpa. Kawasannya agak sempit sikit sebab kawasan taman. Tapi aku suka sangat konsep cafe yang berkonsepkan alam. Dua tingkat tau. So kalau korang naik atas, memang akan nampak view langit dan dekat gila dengan dahan pokok. Aku time tu terus terfikir takut ada ular kan tetiba menjalar.. haaaa jangan macam-macam! tak takk.. hahaha.
Sebenarnya ini tempat kedua selepas kami ke Sushi Ya. Perut pun dah kenyang jadi aku hanya order coffee saja. Ni aku tunjuk sikit view dekat korang dari atas tempat duduk kami. Tempat duduk diorang banyak tau. Boleh pilih nak duduk atas atau bawah. Kalau bawak mak dan ayah, tak disarankan naik atas sebab tangga dia agak curam ye.
Menyempat ye selfie dulu. Di mana ada cermin disitu ada aku. haha. Mostly setiap cafe yang aku pergi mesti ada cermin untuk customer diorang berselfie. Ni adalah salah satu tarikan untuk orang stay lagi lama di sesebuah cafe.
Ada bermacam jenis menu makanan di sini. Dari nasi sampailah ke western. Kaunter order diorang agak sempit tapi tak apa, permulaan bisnes memang semuanya bermula dari bawah kan? Even sempit tapi semua barang tersusun dengan rapi.
Aku order Spanish Latte dan Butter Cream Latte. Of course favorite aku Spanish Latte. Air wajib aku akan order kalau ke cafe baru. Dari situ aku boleh rasa air di cafe mana lagi sedap. dan untuk De La'te Coffee air dia aku bagi 4.5/5! Sangat menepati tekak aku yang agak cerewet ni. haha.
Korang yang mana duduk Kedah, boleh la ke sini. Air dan makanan dia murah dan berpatutan. Please masukkan dalam cafe list korang!
0 Comments