Tuesday, January 31, 2017

RESEPI MAKARONI GORENG SEDAP

Hai..


malam tadi aku dinner makaroni goreng saja.. nak makan western pulak.. hehe. resepi ni memang dari aku sendiri. sebab aku suka campak2 bahan dalam kuali. main ikut sedap aku ja. tapi yang penting mudah dan menjilat jari. haha. bahan2 memang rasanya semua ada dekat rumah. selalunya orang suka makaroni goreng cheese kan? tapi aku bukan penggemar cheese. lebih kepada makanan yang pedas. bukan la tak makan terus cheese. sebab entri aku yang sebelum ni pun aku ada buat makaroni cheese bakar.. okay tak mau sembang panjang. jom tengok resepi makaroni goreng sedap plus pedas..



Bahan-bahan:

1. isi ayam 
2. udang
3. 4 sudu cili kering kisar
4. makaroni
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 biji cili padi
7. sos cili life
8. 1 biji tomato
9. secubit perasa


Cara-caranya:

1. panaskan sedikit minyak dan goreng isi ayam dan udang *secara berasingan dan jangan sampai terlalu garing, goreng ala2 saja dan ketepikan
2. guna minyak yang sama dan tumiskan bawang putih dan cili padi (belah tengah)
3. masukkan cili kisar
4. seterusnya masukkan sos cili life dan sedikit air 
5. masukkan tomato yang sudah dipotong dadu kecil
6. kacau sehingga tomato tadi layu/ lembik
7. masukkan ayam dan udang yang digoreng tadi
8. akhir sekali masukkan perisa dan makaroni yang telah direndam dengan air panas sebelumnya. *supaya makaroni lebih lembut dan cepat masak
9. angkat dan ready untuk dimakan


selamat mencuba! :)

Share

Related Post

RESEPI MAKARONI GORENG SEDAP
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Keep in touch! Subscribe with your email to get the updates to your email inbox.

14 Readers ♥

Tulis Readers ♥
avatar
January 31, 2017 at 7:06 AM

Amboi sedapnya macaroni goreng tu. Terliur pulak pagi2 nie.hehe

Reply
avatar
January 31, 2017 at 8:51 AM

sedapnyaaaa :D
my fav macaroni nie :)

Reply
avatar
January 31, 2017 at 10:19 AM

Wahhh terbaik la resepi ni.. Nanti akak cuba ye.. hehehe

Reply
avatar
January 31, 2017 at 11:20 AM

wahhhh..nak try la nanti..nampak sedap je

Reply
avatar
January 31, 2017 at 1:56 PM

Mcm sedapp je.. wajib cuba buat

www.cikza.com

Reply
avatar
January 31, 2017 at 3:21 PM

Dulu zaman sekolah tadika makaroni goreng nilah salah satu menu wajib..kadang makaroni sup...dan kak PC selalu minta tambah 2 kali..sebabnya kawan kak PC suka ambil makaroni dari mangkuk kak PC..belum kenyang kawan dah minta..hihihihi...

Reply
avatar
February 1, 2017 at 7:56 AM

Sedapnyee. Datang tgk makanan pagi2 ni memanglaa menggugat. Hehe

Reply
avatar
February 2, 2017 at 12:19 AM

sedapnya...lama eca xmasak macaroni goreng.selalu letak lada benggala banyak2.

Reply
avatar
February 2, 2017 at 4:00 PM

nampak menarik ja ni. lapar pulak hehe, tapi kalau spegeti pun buat goreng sedap juga.

Reply
avatar
February 3, 2017 at 8:40 AM

Sedapnya nampak macaroni goreng ni!😁

Reply