3 LANGKAH PENJAGAAN WAJAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, April 12, 2018

3 LANGKAH PENJAGAAN WAJAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

3 LANGKAH PENJAGAAN WAJAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS | Hai semua.. Ada tak dekat sini yang dah try bermacam jenis produk skincare tapi still tak okay. Masih rasa kulit wajah tak sihat.. Busyra nak tanya soalan sikit ni.. Mana lagi penting antara skincare ataupun makeup? Korang sendiri jawab la ye. Susah tau nak jaga kulit wajah sebenarnya. Yang masih pening nak pilih skincare tu, jom busyra share kan 3 langkah penjagaan wajah dengan Althea Bare Essentials!

Eh eh kita dapat barang dari Korea terbang ke Malaysia la.. Happy semacam kalau dapat pink box ni. hehe. Sebelum ni kan, busyra dah pernah buat entri pasal barangan makeup dari Althea, boleh baca di UNBOXING ALTHEA KOREA'S BBO SONG SKIN BOX ..Kali ni kita nak gossip pasal skincare pulak. Jom tunggu apa lagi, tak sabar hakak bawang nak membawang. haha

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

Korang suka tak kalau nak ke mana-mana tak perlu nak makeup berjam-jam? just apply lipstik sikit dah siap! Siapa tak suka kan, busyra sendiri kalau boleh nak keluar lebih suka muka ni nampak natural gituuu.. tapi apakan daya muka ni lesu kalau tak bermakeup. That's why lah, busyra nak suggest dekat korang Althea Bare Essentials ni! Hanya 3 langkah mudah saja.

Pertama kali Althea keluarkan produk skincare mereka sendiri. Dannnn apa yang busyra nak sampaikan ini adalah the best produk yang busyra pernah cuba! Serius. Excited wei nak menggosip dengan korang.

The Contour Cleanser (150g) RM 23
The Primer Water (200ml) RM 43
The Fixer Cream (50g) RM 50

Okay jom busyra nak story one by one. Dari first step sampailah third step.

1. The Contour Cleanser

Nak jaga kulit wajah first sekali semestinya pencuci muka kan? Texturnya bila tengok nampak macam pekat tapi bila dicampur dengan air Ya Allah lembutnya tuu. halus semacam. hehe. Sebab ia mengandungi bahan Ice Plant yang akan mengurangkan kesan kemerahan pada kulit wajah, dan juga ekstrak Lemon Myrtle.. Selain dari tu apa yang bestnya pembersih ni mempunyai mikro kapsul yang dapat membersihkan sel-sel kulit mati.

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

Memang wau wehh cleanser dari Althea ni. Dan untuk yang sememangnya nak muka korang nampak V-shape sangat disarankan untuk guna.


2. The Primer Water

Step kedua adalah menggunakan toner untuk apply pada wajah yang bersih. Primer water ni best tau sebab dia 2 in 1. Dalam ni ada toner dan primer. Textur dia tidak terlalu cair macam toner yang selalu kita beli tu. Agak pekat jugak. Busyra apply ni guna jari je, tak perlu nak guna kapas bagai. 

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

Primer Water ni mengandungi teknologi Macro Fluidic Dispersion yang akan mengisi ruang liang pori dan memberi lebih kelembapan kepada kulit.. Ia juga mempunyai bahan ekstrak Snow Lotus yang akan melembutkan dan menyihatkan kulit wajah.


3. The Fixer Cream

Last sekali semstinya krim (mosturizer).. Dengan formula yang tidak berminyak, ia cepat menyerap dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam. Krim ni juga kaya dengan aktioksidan yang diperoleh dari minyak (green tea) yang mampu meningkatkan kolagen.

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

Bau krim ni sangat best. Apa yang busyra boleh cakap, krim ni tak melekit langsung! suka sangat. bila apply dekat muka rasa macam tak pakai apa pun. dan paling penting muka rasa moist sepanjang hari.


Busyra dah seminggu guna Bare Essentials ni. Memang dah fall in love dah! Alhamdulillah produk Althea ni sesuai sangat dengan kulit wajah busyra. Kalau busyra nak beli produk skincare kan, busyra akan pastikan mosturizer dia tak melekit. tu paling utama. And finally jumpa jugak!

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

Tester pun iols dapat tau. Rasanya busyra nak bagi kepada yang terdekat untuk try skincare Althea ni. Tak nak la busyra sorang saja yang jatuh cinta. Moh ler kita jatuh beramai-ramai. hehe


Cermin dan ceramic pun dapat tau! comel sangat.


Kalau korang nak try, better beli ketiga-tiga skincare ni (box) cuma RM116 saja.. Ada 10% off dan dapat free special edition mirror! gila tak best. Jom dapatkan sekarang di https://my.althea.kr/althea-exclusives ! Cantikkan kulit wajah dari dalam bukan dengan makeup saja okay.

Althea Korea, Althea BE, Althea Bare Essentials, Bare Essentials, New Skin Care,

Untuk info lanjut boleh layari link dibawah:

Website: https://my.althea.kr
Instagram: https://www.instagram.com/altheakorea/
Facebook: https://web.facebook.com/altheamalaysia/

3 comments:

  1. mkin comel la cik busyra kita ni..:)

    ReplyDelete
  2. Dah tahu rahsia kecantikan Busyra :D

    ReplyDelete
  3. makin cun melecunnn la busyra lepas ni :)

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved