6 Perkara yang perlu dibuat pada 3 bulan pertama menjadi blogger

Tuesday, November 22, 2016

Assalamualaikum..



rasanya 3 bulan pertama aku dah terlepas sangat lama, tahun 2010 aku start blogging. dan aku hanya sekadar ingin berkongsi pada newbie. yang baru nak start blog dan tak tahu apa yang perlu dibuat pada 3 bulan pertama. apa yang aku cuba kongsikan ini base pada apa yang aku pelajari sampailah sekarang. harapnya ini berguna pada korang

1. Tetapkan matlamat dalam blogging

Anggaplah dunia blog ni macam dunia belajar. mesti ada matlamat kan? so setiap apa yang kita buat perlu dimulakan dengan bismillah .. hehe. dan seterusnya matlamat korang. okay, cepat! apa matlamat korang dalam dunia blogging ni? adakah korang tulis blog ni nak berkongsi cerita korang, nak bantu orang lain, untuk buat wang ataupun untuk kongsi bisnis korang? So, bila korang dah tahu apa matlamat korang, ia akan membantu untuk memastikan korang berada di landasan yang betul dan berusaha lagi dan lagi dalam dunia blogger ni.


2. Buat satu kalendar khas untuk blog

tak kisah lah korang nak tulis ke nak taip ke, setiap kali nak post entri baru korang mesti nak fikir kan apa idea untuk hari ni. So, if korang ada kalender khas, korang akan selalu ada idea untuk update entri setiap hari. maksud aku kalendar khas ni macam bila korang ada idea tajuk nak tulis terus korang update dalam kalendar tu. then tak ada la korang lupa idea untuk esok, lusa dan seterusnya. kita hanya manusia kan? mudah lupa, aku sendiri pun kadang tu pelupa. buat kalendar dalam phone pun boleh. semuanya dihujung jari.



3. Membuat media sosial yang pelbagai

maksud aku disini, bila korang dah ada facebook, instagram, twitter. dari situ ia akan memudahkan orang untuk baca blog korang. selain dari tu korang boleh buat Pinterest, BlogLovin. benda2 macam ni korang kena banyak explore. korang perlulah share blog post di setiap laman sosial yang korang ada. barulah orang tahu kewujudan blog korang tu. secara tak langsung pageview (pv) pun akan naik. haaaa satu lagi jangan lupa untuk meletakkan icon sosial korang tu di bahagian atas halaman blog korang ye. mudah sikit pengunjung nak tengok.

4. Cari puak/kawan.

sepanjang 3 bulan pertama korang ada blog ni kan. apa salahnya korang cuba untuk lebih mesra alam dengan blogger lain. korang kena cari puak. bukanlah maksud aku suruh hidup dalam berpuak-puak pulak. haha. blogger ni berkawan dengan semua tau. maksud aku cari lah sebanyak mana kawan yang ada dalam dunia maya ni. jangan menulis blog syok sendiri tau. tulis ja tapi kawan satu pun tak ada. tak best kan macam tu, bila korang dah ada kawan blogger so dari situ dorang boleh selalu tinggalkan komen di blog korang, selalu bagi nasihat, kongsi ilmu yang dorang ada. banyak lagi lah yang korang dapat nanti! nak cari kawan yang banyak buka facebook dan taip saja group blogging, kelab blogger, macam2 lagi

5. Belajar kemahiran asas fotografi

korang tak perlu untuk menjadi profesional fotografi, tapi cukuplah untuk tahu asas fotografi. sebab dunia blogging ni juga mementingkan gambar yang menarik. sebab dari gambar yang menariklah, pembaca akan tertarik untuk membaca. gambar yang jelas dan cantik itu adalah sangat penting. 

6. Mula memikirkan tentang apa itu SEO

Seo adalah sesuatu perkara yang sangat susah untuk dipaham. aku sendiri pun walau dan 6 tahun berblogging tapi masih tak paham. nak pahamkan Seo dalam masa 3 bulan memang tak boleh, tak terkejar. tapi korang perlu mula cuba untuk mempelajari asas-asas Seo. memang ambil sedikit masa untuk belajar tentang kata kunci, meletakkan kata kunci ke dalam imej korang dan macam mana untuk membuat tajuk blog mesra Seo. memang susah! so kena banyak belajar dan teruskan explore google! aku pun masih belajar. 

sebenarnya 6 perkara masih tidak cukup untuk korang buat dalam masa 3 bulan berblogging. masih banyak lagi perkara yang perlu difikir. tapi tak apa. kita boleh terus belajar dalam menjadi blogger yang bagus! thanks!


11 comments

  1. Siqah setuju semua points busyra :)

    Siqah blogging sebab minat nak bercerita dan anggap blog ini macam diari jugak. Manusia mudah lupa kan.. So kalau ada blog, boleh jugak recall memories :D

    Siqah takdelah particular sangat bab update entri sehari satu.Try too tapi kadang2 menjadilah. Ikut mood kalau nak update blog ni kan. No mood, nothing happened.

    Betul cakap busyra. Cari kawan blogger ramai2. Dan itu pun siqah suka jugak. Boleh share ilmu dan support satu sama lain :)

    ReplyDelete
  2. Mai tak faham cara nak guna or fungsi Pinterest, hahaha. Matlamat dalam blogging mula2 nak jadikan diary online je, skrg pun masih diary online tapi cuba la nak bg manfaat kat reader sikit2 dari info yg mai tahu, hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Tips berguna ni..kak PC rasa tips ni boleh guna sepanjang berblog dan sesiapa yang nak ada blog..sesuai sepanjang masa.

    ReplyDelete
  4. nice sharing. setuju dengan semua yang busyra cakap tu

    ReplyDelete
  5. nice sharing. singgah dan follow awak :)

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang amat baik sekali..

    Yang last bab SEO nie memang rare la..AM pun sampai sekrang lagi masih tak faham SEO nie..huhuhu
    Posting terbaru AM
    6 makanan penyebab sakit sendi


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  7. Yup.. Betul. Masih banyak lagi perkara yang kita kena belajar. Walaupun dah berblogging 3 tahun, 5 tahun.. Tetap masih kena belajar perkara baru.

    Bab kalender.. Mmm.. Akak sampai sekarang tak merancang mengikut calender.. Tak pandai pula nak disiplinkan diri ikut kalender. Kui kui kui :p

    ReplyDelete
  8. Good sharing hihi :D . Kite baru folllow awk :)

    ReplyDelete
  9. good sharing lah awak!memang betul buat kawan tu penting!busyra jom jadi kawan gee!hehehehe

    ReplyDelete