Ayam Panggang dan Sos Blackpepper

Tuesday, November 15, 2016

Assalamualaikum wbt..


petang tadi aku sempat buat ayam panggang makan bersama sos blackpepper. memang kalau ayam panggang, chicken chop yang makan dengan sos blackpepper adalah favorite aku. :) so disini aku nak share dengan korang resepi untuk buat ayam panggang. mudah dan senang. yang penting dirumah kena ada oven lah! kalau tak macam mana nak panggang kan. hehe. okay let's!

Bahan kisar untuk diperap bersama ayam:

1. 5 ulas bawang putih
2. 2 ulas bawang besar
3. 1 ketul kiub ayam knorr
4. 3 sudu besar sos lada hitam
5. 1 inci halia
6. secubit garam dan gula
7. sedikit air
8. Madu *jika nak lebih sedap dan manis (dekat rumah aku tak ada madu pulak, lupa nak beli tadi)

1. Ayam direbus terlebih dulu selama 15 minit *simpan air rebusan ayam (untuk buat sos blackpepper)

aku rebus dulu sekejap sebab nak ayam tu masak di bahagian dalam


2. Keringkan ayam yang direbus tadi dengan menggunakan kitchen tissue *sebab kalau basah nanti ramuan yang dikisar tadi tak berapa nak melekat pada ayam. kemudian sapukan olive oil dan bahan kisar pada ayam dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam 

3. Selepas 1 jam keluarkan dari peti sejuk dan letakkan butter di atas ayam


4. Bakar ayam bersuhu 180'c untuk 30 minit pertama (api atas dan bawah), kemudian naikkan suhu kepada 220'c selama 30 minit (depend pada saiz ayam yang digunakan) macam aku buat ni untuk sebelah ayam saja. 

Bila dah nampak kuning keemasan cantik tu masuknya dah masak la tu ye. ataupun korang boleh cuba cucuk dengan garfu. lagipun jangan risau tak masak sebab ayam ni dah direbus awal tadi kan.


5. Tadaaa! Ayam panggang dah siap dan boleh dimakan bersama sos blackpepper dan coleslaw! *ayam panggang ni boleh juga dimakan dengan nasi panas! :)


Sos blackpepper tu senang saja. korang beli yang dah siap tu. lepas tu korang tumis bawang putih, masukkan sos blackpepper, air rebusan ayam dan sedikit tepung gandum (bancuh dengan air) *untuk bagi sos lebih pekat dan sedap!

Coleslaw tu potong carrot, kubis dan bawang merah *potong halus2. lepas tu masukkan mayonis then simpan dalam peti sejuk! makan sejuk2 baru sedap. *kuantiti depend pada banyak mana yang korang nak makan k

bagi yang nak cuba boleh try resepi ni. :) Assalamualaikum.


10 comments

  1. Pandainya Busyra masak, mai perap ayam pakai kicap and gula je paling hebat, hahahaha.

    ReplyDelete
  2. ayam tu nampak menyelerakan sangat,sy follow sini..keep on sharing menu..hehehe nanti boleh cuba-cuba :)

    ReplyDelete
  3. lemahnya tgk makan pagi2 ni.. sedap :(

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. meleleh air liur akak tgk.. hahaha

    ReplyDelete
  5. singgah blog busyra di malam hari membuatkan siqah lapar pulak bila tengok post nie. Sedapnya ayam panggang!! :D

    ReplyDelete
  6. Mcm senang je resepi ni. Boleh cuba nnti... look yummy...

    ReplyDelete
  7. sedapnye.boleh try juga nanti. bakar ayam ni elok tuk kesihatan

    ReplyDelete
  8. Arghhhh banyaknye resepi.. nak cuba nanti..

    ReplyDelete