Drama 7 Hari Mencintaiku Lakonan Shukri Yahya

Wednesday, November 09, 2016

Alahai walaupun dah berkahwin tapi tetap jadi pilihan no 2 aku. hahaha. no 1? confirm2 la remy ishak. biar hitam tapi macho. :p tiap2 petang tau mengadap tv3 tunggu drama ni. Ya Allah baiknya dapat suami macam ni. masalahnya ada lagi ke dekat luar drama perangai suami macam si shukri ni. dalam drama boleh la bertahan dapat isteri macam tu. hahaha. apapun aku bagi 5 star untuk lakonan dia! best!


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Mia adalah seorang wanita yang sangat angkuh dan ego. Malah sejak kecil lagi dia tidak akan bergaul dengan individu yang dirasakan tidak setaraf dengannya.

Hendak dijadikan cerita, Mia telah bertunang dengan seorang lelaki bernama Khalil. Mia sangat percayakan tunangnya itu. Tanpa berfikir panjang Mia telah menggunakan wang syarikat milik ayahnya sebanyak 23 juta untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh Datuk Johari yang merupakan ayah kepada Khalil. Mia terlalu yakin bahawa Khalil akan menggantikan wang tersebut kemudian.
Namun pada hari pernikahan antara Mia, rombongan dari pihak Khalil langsung tidak kunjung tiba. Datuk Johari telah meminta Khalil untuk berkahwin dengan wanita pilihannya dan Khalil bersetuju semata-mata untuk menyelamatkan syarikat Datuk Johari.
Keadaan majlis di rumah Mia menjadi kecoh bila secara tiba-tiba Datuk Megat Idrus, ayah Mia diserang sakit jantung. Demi untuk menyelamatkan maruah keluarga, Datuk Megat Idrus telah meminta Khuzairi untuk menikahi Mia. Biarpun Mia menganggap Khuzairi sangat kekampungan dan kolot dan tidak setaraf dengannya, dia terpaksa bersetuju dengan permintaan ayahnya.
Maka bermulalah kehidupan baru Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak biasa dengan suasana di kampung dan merasakan ia tidak sesuai dengan tarafnya. Pelbagai rancangan dibuat oleh Mia agar Khuzairi menceraikannya.
Tetapi Khuzairi sangat sabar melayan kerenah Mia dan mencuba untuk memikat hati isterinya itu. Tetapi tidak mudah untuk menundukkan ego Mia. Perhubungan Mia dan Khuzairi sentiasa ada pasang surut sehinggalah suatu hari Mia nekad untuk meninggalkan Khuzairi dan anak mereka.
Tanpa Khuzairi di sisi barulah Mia sedar yang dalam diam dia sebenarnya amat menyintai suaminya itu. Dia kembali untuk mengakui kesalahannya dan memohon maaf pada Khuzairi. Mia merayu dan meminta diberi peluang untuk memperbaiki dirinya.
Mampukah Mia mendapat kembali cinta Khuzairi hanya dalam masa 7 hari?
sinopsis kredit: www.notawanita.com

7 comments

  1. nanti saya baca.
    nak gi makan dulu.

    from
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kenapa amik remy ishak i ni, hahahaha. Sama la busyra, Mai suka remy walaupun org kata mcm bangla la apa, jeles lettew, hahaha.

    ReplyDelete
  3. e'in tgk cite nie.. ego nye laa hai siti saleha dlm cite nie.. nyampah taw! hihi

    ReplyDelete
  4. tk tgk sbb mase tk mengizinkan. mek sempat layan mr doughnut caramel dengan awk sgt nakal je.

    ReplyDelete