Puisi#18 Lawan!

Saturday, November 19, 2016


7.38 pm

lawan itu perkara yang sangat umum
tapi andai kau tahu erti lawan
aku yakin kau pasti menang
mereka tak akan tahu soal lawan itu
yang tahu hanya kau!

aku tahu kata lawan itu susah
tak semudah seperti yang disebut
tak semudah untuk berlawan
tapi jika kau masih letak koma dalam lawan itu
aku yakin ia pasti tak akan ada noktah


lawan lah selagi mampu
lawan lah selagi ada dayamu
lawan lah jangan pernah berhenti
lawanlah duhai hati
hati yang sayu

melupakan itu susah
aku tahu itu
tapi aku yakin hati kau akan menang satu hari nanti
menang untuk lupakan orang yang telah menyakitimu
wahai teman sejati, tolong lawan! untuk dirimu

andai suatu hari kau berjaya letak satu noktah pada lawanmu itu
ya! aku mahu katakan yang kau dah berjaya lupakan dia! 

-busyratakiyudin-

koleksi karya puisibusyratakiyudin >> disini

6 comments

  1. Kadangkala semakin kuat kita cuba untuk melawan, semakin kuat perkara itu menjadi makna dalam hidup kita. Mungkin jalan terbaik adalah terus berpaling dan reset minda seperti tiada apa pernah berlaku dan tidak pernah langsung mengenali dia.

    ReplyDelete
  2. yepp, fighting !. berlawan tengok pada sesuatu perkara. kalau perlu kita lawan, kalau menampakkan kita yang bodoh, kita diam lebih baik. baru nmpak bijak

    ReplyDelete
  3. best nya karya :( lawan la selagi kau mampu shingga kemenagan mjadi milikmu

    ReplyDelete