TUTORIAL "READ MORE BUTTON" PADA SETIAP ENTRI BLOG

Wednesday, January 25, 2017

Hai..


hari ni, aku nak share dengan readers kesayangan aku tentang cara nak buat "read more" / "continue reading" button dengan mudah. contohnya bila korang tukar template pada template yang ada button macam tu, mesti korang ingat template tu akan automatik jadi button tu kan? tak jugak ye, sebab ada template yang kita kena buat sendiri pada setiap entri. means masa kita dah selesai menaip entri kita tu, then kita kena setting sendiri untuk buat "read more" button. tapi jangan risau sebab mudah ja nak buat benda ni. tak ambil masa sampai satu jam pun.. haha :p ..bagi yang dah tau tu alhamdulillahhh.. tapi bagi yang belum jom tengok cara di bawah.

benda yang kena kita setting ni dipanggil "Jump Break" cuba korang cari dekat bahagian atas entri korang tu, ada tak icon jump break. sila acu kan mouse korang pada setiap icon tu. "Insert Jump Break" apa fungsinya tu? haaaa itu lah dia, fungsinya nak buat button "read more" lah. mudah kan?

tarik tulisan termasuk gambar (jika ada) dari atas sampai ayat mana yang korang nak. jangan la sampai habis ayat tu ye. haha. nanti tak ada la namanya "read more" tarik sikit2 dah cukup. lepas (tulisan pun dah bold), klik pada button yang no 1 dalam gambar tu ye.. then akan naik baris putus2 tu (seperti no 2). Last tekan publish!


Taraaaaa.. sila tengok hasil gambar di bawah selepas korang tekan insert jump break. dah terpampang "read more" ataupun "continue reading" depend la pada blog korang tu ye.


dah siap! selamat mencuba! kalau korang tak paham dekat mana mana boleh komen di bawah atau email pada... ✉busyra_23@yahoo.com. InshaAllah aku akan reply yang mana aku tau dan paham.. okay! thank you for reading ❤

13 comments

  1. terima kasih atas info yang menarik (^_^)

    ReplyDelete
  2. Template free dulu ada auto readmore, tapi template sekarang ni dah tak ada, so malas pula nak letak jumpbreak tu dah sebab button read more pun macam tak ikhlas je buat, tak cantik,muahahaha. Lagipun biarlah takda readmore camtu, ke readers tak suka?

    Tulisan blog mai ok tak? Nak tiru blog matsaleh konon buat tulisan rare gitu,hahaha...

    ReplyDelete
  3. Baiklah..terima kasih Busyra...dah tahu apa fungsinya...alhamdulillah ^^

    ReplyDelete
  4. senang! nak cube nanti.. thanks yunk..

    ReplyDelete
  5. semoga dgn tutorial busyra dapat membantu orang yang nak buat read more button :)))

    ReplyDelete
  6. Siqah suka read more button. Tak suka scroll entri yang panjang berjelar, tambah lagi yang banyak gambar. Dulu pernah beli template yang takde auto read more, susah nak edit setiap post, terus beli template lain. Huhu

    btw, nice tutorial busyra <3

    ReplyDelete
  7. Mek ok je dengan mane mane :) asalkan yg mobile view tu tk complicated hihi

    ReplyDelete
  8. dik !! thanx untuk tutorial yang senang nih..

    ReplyDelete
  9. Selama ni sis guna template auto 'Read more'.. tak tau sebenarnya pembaca suka post ada read more atau full page utk 1 post.. By the way, good info.. Info baharu pada sis..

    Thanks Busyra for sharing this tutorial ;-)

    ReplyDelete
  10. nice info ni..nasib baru tukar template dah ada siap2 read more..

    ReplyDelete