JOM USAHA LEBIH START NOVEMBER 2017

Wednesday, November 01, 2017

Hai semua.. Kita tak mampu nak kejar masa, sebab masa terlalu cepat berlalu kan. Pantas! kalah larian 100 meter. hehe. Jadi, andai kita tak mampu nak kejar masa, maka gunalah masa yang ada sebaik mungkin. haaa gituu, motivasi awal pagi bulan November. haha.. Apa yang busyra nak cakap dalam entri ni adalah tentang usaha! kenapa perlu nak pertikaikan tentang usaha? Bukan busyra nak pertikaikan soal usaha dekat korang tapi ada kawan busyra yang mempertikaikan usaha busyra.. 


Sepanjang 24 tahun busyra hidup ni tak pernah lagi lah rasanya nak mempertikaikan usaha orang lain. Terkesan dengan percakapan manusia yang tak ada tapisan. Dialognya lebih kurang macam ni..


Dia: Tak nak cari keja ke? (busyra baru berenti kerja beberapa bulan lepas)

Busyra: Ada rezeki tu ada la nanti, bukan kerja saya bab rezeki ni. (busyra tak suka orang tanya bab kerja sebab rasa macam menyibuk. haha) 

Dia: Awak dah usaha ke?

Busyra: -_- terus tak reply (biarkan seen)


Busyra ni jenis yang kalau reply, kejap lagi jadi lain pulak. So, baik positifkan diri masa tu. tak perlu nak reply. tak perlu la kan kita nak berbalah dengan orang yang tak cukup ilmu di dada. Silent the best way to let someone know they did wrong.. hmm. Rasanya usaha kita biar kita dengan Tuhan saja yang tau. Tak perlu nak dihebahkan. 

Tak pe, ignore je lah dia tu. saja nak share dengan korang pasal "PERTIKAIAN USAHA".. haha

So, sekarang ni apa busyra buat dekat rumah? jual kek batik ke? kan haritu ada story pasal bisnes kek batik kan? Actually kek batik tu bisnes akak busyra, busyra tolong dia sikit-sikit dan pasarkan.. Alhamdulillah sampai sekarang dia still bisnes kek batik. sambil jual kek batik dekat student-student dia tu.. hehe. Even dia sibuk mengajar tapi still ada masa untuk buat kek batik..


Habis tu busyra buat apa sekarang ni? Macam biasa yang korang tau. Jadi blogger dan graphic designer. Alhamdulillah memang ada saja rezeki yang masuk. Sebab rezeki tu ada dimana-mana.. Kerja lah penjual kuih pun kalau dah nama rezeki, tak ke viral kuih yang dijual tu.. hehe. Dan sekarang ni busyra fokus jugak pada jualan produk kosmetik. Busyra agent sah untuk produk tersebut.. Nanti busyra story ye. So sekarang ni, kerja busyra 3 benda tu lah. Blogger, Graphic Designer, dan Online Seller (Agent Produk).. Bisnes dengan busyra memang tak dapat dipisahkan dah. Minat yang mendalam.. Tapi semuanya dari rumah. Sekarang ni tengah fokus untuk cari kerja government je. Selagi tak dapat busyra memang dah malas cari keja firm.. Baik kerja sendiri. Kitalah bos, kitalah kuli. haha

Okay lah, itu saja yang busyra nak sampaikan pada korang.. Busyra nak korang sentiasa semangat dalam usaha. InshaAllah. Kerja lah apa pun. tapi tetap semangat tau! Dan sebelum busyra lupa. Haritu busyra ada janji nak bagi hadiah pada pengomen tegar di blog busyra. Busyra tunggu habis bulan 10. Hadiahnya adalah produk kosmetik yang busyra sendiri jual. Siapa lah orangnya yang jadi TOP PENGOMEN TEGAR! yang tak pernah berhenti komen di blog busyra. Thank you semua! Stay tuned! Assalamualaikum.

16 comments

  1. marilah kita berusaha dengan lebih gigih.. hee~ akak pun target besar bulan November ni..

    ReplyDelete
  2. semoga Busyra terus sukses dengan pilihan kerjaya Busyra ....
    abaikan saja org yang bawa negative vibes tu, rezeki ada di mana mana,
    asalkan kita usaha ... lagi best, kita happy dgn kerja kita berbanding
    kita kerja tapi tak happy, asyik nak merungut ...

    ReplyDelete
  3. saya umur 27 tahun, kerja sendiri juga...malas dah nak layan soalan-soalan orang tanya bila nak cari kerja ni =)

    ReplyDelete
  4. Respect paduuuuuu! Moga ada rezeki yang berlipat ganda untuk Busyra :) Stay strong girl!

    ReplyDelete
  5. Biasalah tu. Nanti dah kerja tanya pasal jodoh pula. Kang kata takde usaha ke nak cr jodoh. Dan seterusnya. Pikir positif je. Kak ana pun sama kena bila org dok tanya bila nk bg syafi adik. Kak ana senyum je lah. Hehe. Keep fighting and move on with big smile ok. ❤

    ReplyDelete
  6. rezeki tu ada kat mana-mana kan, yang penting usaha.

    ReplyDelete
  7. Biarkan orang terus bercakap dan bertanya...kerana mereka sekadar melihat dan ingin tahu..sedang di pihak kita teruskan usaha dan berdoa..orang tidak lihat usaha kita tapi Allah sentiasa pandang apa yang kita cuba gapai..

    ReplyDelete
  8. mula-mula saya baca tajuk entry ni - usha.. hahahaha.. rupanya USAHA

    ReplyDelete
  9. betul tu. kalau dah ada bisnes sendiri, boleh buat duit, kerja la namanya tu. tak semestinya bekerja dengan orang. rezeki ni luas.

    ReplyDelete
  10. kan....manusia macam ni sibuk sangat dengan hal orang...malas nak layan org camni...busybody...

    ReplyDelete
  11. busyra klauad job frelance graphic design roger la leyla. leyla buat part time designer

    ReplyDelete
  12. Sama la tak suka org tanya perkataan usaha pasal anak..

    ReplyDelete
  13. Org xde kt tempat kita,so diaorg mmg suka2 judge kite mcm2. Kadang2 geram jgk.
    Akk doakan busyra sukses dalam bisnes yer.

    ReplyDelete
  14. Dear Busyra, tak apa kalau orang nak question. Let them be because its their right.

    You did the right thing, which is to remain silence because indeed silence is the best answer for questions that are just not worth to give attention to.

    Confident, work hard and have faith are keys. Keep doing what you love (as long as it provides benefits to you). Never stop exploring. You're doing just fine. Who knows one fine day you'll reach the level that you've never expected before.

    All the best in your life. Remember, don't let others' opinion defines your success.

    ReplyDelete
  15. Abaikan je orang macam tu Busyra. Daripada sibuk hal orang, lebih baik la orang tu tengok diri sendiri macam mana kan. Yang penting Busyra tahu apa Busyra buat dan usaha. Good luck Busyra. Dont worry. Allah 'nampak' usaha kita. And berniaga tu 9/10 dari punca rezeki. :)

    ReplyDelete