RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER

Wednesday, January 08, 2020

ayam bakar sihat, menu ayam bakar, ayam bakar air fryer, ayam bakar diet,

RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER | Hai korang! Semangat ni, semangat nak share resepi ayam bakar versi sihat.. Yang mana rasa nak diet tu sangatlah disarankan untuk follow. Siapa cakap makanan macam ni tak sedap? Sumpah sedap! Korang wajib try tau! Bahan-bahannya pun senang. Let's!

Bahan-bahan yang busyra gunakan seperti dalam gambar. Sori gambar agak blur sikit sebab busyra ambil guna effect Instagram haritu, then terus share disana..  Harini baru teringat nak kongsi di blog pulak. Ada 5 bahan iaitu Cajun, BBQ seasoning, Chicken seasoning, Garlic, Oregano.. Semua ni adalah bahan perap. Masukkan ikut sesuka hati korang nak banyak mana. tapiii kalau busyra, Cajun letak lebihhh. kurangkan oregano (letak sikit je, manje2. hehe).. Isi ayam sangat sesuai untuk buat menu sihat macam ni.. Mana nak cari bahan-bahan perapan? Korang pergi je Tesco, confirm ada semua bahan ni!

ayam bakar sihat, menu ayam bakar, ayam bakar air fryer, ayam bakar diet,

Bakar menggunakan air fryer selama 20-25 minit (suhu 160c). Korang adjust lah mengikut taste sendiri. Brand Masterfoods memang sedap! Yang garlic dia tu fuhhh.. lepas siap ayam bakar tu, silalah tabur gralic tu atas nasi! Sedapnya lahaiii.. Busyra makan dengan salad segar. Lagi meletop lah menu ni. Selamat mencuba koranggg..

3 comments