Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Mudah

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA CARA MUDAH | Lamanya tak update. Blog pun dah berhabuk.. Bukan tak ada idea nak update cuma malas. hehe.. Ini post pertama untuk tahun 2021! Alhamdulillah, ada semangat sikit nak menaip.. Harini busyra lunch ikan siakap 3 rasa.. huhhh! kenyang dia tuuu. hehe. so nahhh resepi simple tapi sodappp.

resepi siakap 3 rasa, resepi mudah, siakap 3 rasa, siakap masam manis, resepi masakan siakap, ikan siakap,


Bahan-Bahan untuk ikan:

1 ekor ikan siakap
3 sudu tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit & garam

Bahan-Bahan untuk kuah:

Bahan Tumis:

3 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)

Bahan Lain:

6 biji cili padi (dipotong kecil)
3 helai daun limau nipis
1 batang serai (diketuk)
1 ulas bawang besar (dipotong dadu kecil)
2 biji tomato (dipotong dadu kecil)
1 tin nenas (kalau nak guna nenas original lagi padu) *busyra guna yang tin je sebab nak mudah.. hehe*
6 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
3 sudu sos tiram
Sedikit serbuk perisa


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak
2. Gaul ikan bersama garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, kemudian goreng.
3. Untuk kuah pula, ambil sedikit minyak yang sama dengan goreng ikan tadi.. Tumis bawang merah dan bawang putih
4. Bila sudah naik bau, masukkan serai.. 
5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram
6. Kacau seketika.. Masukkan pula air secukupnya..
7. Masukkan tomato, sos ikan, daun limau nipis, cili padi dan bawang besar.. *Yang suka kuah banyak boleh tambah air lagi*
8. Kacau sehingga mendidih.. Kemudian masukkan nenas tin.
9. Kuah siap! Tuang kuah ke atas ikan goreng tadi.

*busyra tak letak garam sebab sos ikan dah masin*

Selamat Mencuba!

5 Comments

  1. Sedapnya. Fav kak ana sekeluarga ni. Lagi byk nanas, lagi sedap kuah 3 rasa tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak ana.. boleh tambah nasi lauk gini.. x letak nenas x sedap.

      Delete
  2. Waaaaaa bookmark dulu hahaha boleh buat ni.. 🤣

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ikan siakap masak 3 rasa. Lama tak masak ikan siakap.

    ReplyDelete
  4. My favv my mom selalu masak ikan bawal 3 rasa

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post