Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi senang sangat

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi | Hai korang! bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak! hehe.. Untuk entri kali ni busyra nak share resepi udang masak lemak cili padi..  Ramai yang dah mahir resepi ni tapi pasti ada yang belum tau lagi kan? So jom tengok.. Boleh tambah nasi berkali-kali weyhh! haha


resepi mudah, resepi udang masak lemak cili padi, udang, kacang bendi, kunyit,


Bahan-bahan kisar:

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

3-4 ulas cili padi (ikut pada tahap kepedasan)


Bahan-bahan lain:

3 ekor udang besar

1 batang serai (dititik)

1/2 santan kotak (kara brand)

1 sudu kecil serbuk kunyit

6 batang bendi

sedikit serbuk perisa


Cara-caranya:

1. Masukkan bahan kisar dan serai (tak perlu letak minyak)

2. Bila cili padi dah agak-agak masak, masukkan santan dan serbuk kunyit

3. Kemudian masukkan udang, biarkan seketika

4. Masukkan kacang bendi (lepas dah masukkan bendi, jangan biarkan lama..)

5. Perasakan dengan serbuk perisa dan siap untuk dihidang.


resepi mudah, resepi udang masak lemak cili padi, udang, kacang bendi, kunyit,

Selamat Mencuba!


Post a Comment

4 Comments

  1. Fuh mantap. Terbaik. Memberi idea nih. Nasi panas dengan udang masak lemak cili padi pun dah cukup.

    ReplyDelete
  2. sedap makan time cuaca panas2 macam laa nii kan :)

    ReplyDelete
  3. kalau nina suka kupas kulit siap2!.. terus ngap. haha
    kalau sedap mmg malas nk mengupas

    ReplyDelete
  4. Ya, memang sedap masak lemak cili padi berasaskan udang sebab cepat masak. sedap tu campur bendi :)

    ReplyDelete