Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak

Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak, Kari Sotong Ala Mamak, Gulai Sotong, Kari Sotong Nasi Kandar,


Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak | Sejak duduk dirumah ni, semua resepi masakan nak try..  Busyra suka masak masakan berlauk.. Kalau baking kurang sikit, sebab tak pandai. hehe. Korang boleh lah try resepi ni.. Mudah je tapi sedap! Busyra first time buat..


Bahan-bahan:

3 ekor sotong besar (dipotong)

3 ulas bawang putih (hiris)

2 ulas bawang merah (hiris)

2 tangkai daun kari

1 sudu serbuk cili

3 sudu serbuk kari ikan

Perasa secukupnya


Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak, Kari Sotong Ala Mamak, Gulai Sotong, Kari Sotong Nasi Kandar,


Cara Penyediaan:

1. Tuang sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah

2. Bila dah nampak sedikit kekuningan barulah masukkan daun kari

3. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ikan (gaul dulu dengan sedikit air, baru masukkan dalam kuali)

4. Kacau selalu dan biar sampai pecah minyak (tandanya serbuk kari dah masak).. baru sedap!

5. Akhir sekali barulah masukkan sotong.. Kemudian perasakan dengan serbuk perasa ataupun garam.

6. Siap! sedia untuk dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng! sedap sangat.


Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak, Kari Sotong Ala Mamak, Gulai Sotong, Kari Sotong Nasi Kandar,


Baca Ini: Tomyam Seafood sedap letak susu cair

Baca Ini: Sangkaya Ala Boat Noodle


8 Comments

  1. Salam, nampak senang dan sedap..

    ReplyDelete
  2. Lama juga tak makan sotong masak kari ni. Jarang masak kari. Nampak pekat kuah kari busyra masak tu. Sotong pun besar besar. Sedap makan. Ada hikmahnya duduk rumah dapat cuba macam macam masakan, kan :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa....akak suka kari sotong macam ni...sedap...

    ReplyDelete
  4. Alahai tengok je pun dah buat kak ana terliur. Ni kalau makan dengan nasi panas dengan kicap je pun dah mantap.

    ReplyDelete
  5. Uishh menarik ni! Akak jarang makan sotong masak kari. Tengok hidangan Busyra ni jadi terliur pula 😂

    ReplyDelete
  6. Uishh sotong mamak real ni hahaha.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post