Last pakai braces bulan Januari 2023.. lepas ni retainer pulak

Last pakai braces bulan Januari 2023.. lepas ni retainer pulak | Hai korang.. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku patut buka braces.. cumanya masa tak mengizinkan. Aku sibuk dengan pilihanraya sampaikan tak sempat nak review braces. Last jumpa doktor bulan 8 tahun lepas. sepatutnya bulan 10 kena buka. tapi aku skip sampailah bulan 12 baru jumpa.. doktor cakap bulan 1 tahun ni dah boleh buka.. Alhamdulillah.. no more braces lepas ni!


sakit ke pakai braces, best ke tak pakai braces, tips pakai braces,jangan pandang mata panda kuuu.. haha


Happy dan sedih bercampur.. bukan apa, sebab dah lama pakai dan braces dah sebati dengan mulut. tapi sampai bila nak pakai kan. kena lah buka jugak. lepas ni retainer pulak jadi best friend forever.. haha. kena konsisten pakai retainer. panjang lagi journey gigi ku.. hehe


Disebabkan dah nak buka, jadi aku abadikan di sini.. simpan sini, nanti tahun-tahun mendatang boleh baca balik. confirm akan rindu! Dalam banyak-banyak warna getah yang aku pernah pakai, warna maroon akan selalu jadi pilihan hati. jarang pilih warna lain.. warna maroon adalah warna yang tak berubah warna sekalipun kita makan masakan yang ada kunyit. haaa itu rahsianya.. aku pernah pakai warna pink cerah, then bertukar jadi warna oren! haha


sakit ke pakai braces, best ke tak pakai braces, tips pakai braces,


Bagi yang baca post aku ni dan memang ada niat nak pakai braces, korang boleh buka youtube channel aku.. di sana aku ada kongsikan beberapa video. sebenarnya dah lama tak buat video braces. sebab tak sempat plus malas yang melampau..


Baca ini: Pakai Braces kali pertama sakit ke tak


4 Comments

  1. Perjalanan yang tak mungkin dilupakan, susah senang pakai braces. Lepas ni perjalanan bersama retainer pulak lah.

    ReplyDelete
  2. Kan! Saya dulu pakai braces masa nak bukak rasa sayang sangat-sangat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post